Peniaga VS Pekerja

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين .

Dan tidaklah kami utuskan mu melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam

Alhamdulillah,berpaksikan ayat di atas..kita wajib sedar asal dan matlamat kejadian kita. Tidak dijadikan kita tiada bersebab ataupun semata untuk berseronok gembira menikmati segala Rahmat kurniaan Allah tanpa kita juga menjadi Rahmat kepada makhluk Allah yang lain. Atas kesedaran inilah terhasil dua kelompok besar manusia yang secara fitrahnya ingin menyumbang kepada kemakmuran alam.

Manusia yang bergelar pekerja dengan kerjanya bercita2 untuk menjadi penyumbang kepada kesejahteraan alam dan segolongan lagi manusia yang berniaga dengan perniagaannya juga berharap kehadiran mereka memberi rahmat keseluruh alam. Tetapi sejauh mana kedua2 golongan ini menyumbang atau menjadi antara mereka yang digelar Rahmatan Lil Alamin.

Mereka yang bekerja mempunyai ruang untuk menyumbang kepada alam di sekeliling mereka tetapi ianya terhad kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa bekerja untuk menyara kehidupan tetapi bagi yang berniaga,terlalu banyak ruang dan ketika dapat mereka luangkan untuk berbakti kepada alam di sekeliling mereka. Situasi mudah untuk kita faham, pekerja bekerja untuk majikannya tetapi majikan berniaga bukan sekadar untuk alam di sekeliling malah juga untuk pekerja itu tadi. Dengan keuntungan hasil dari perniagaan,majikan akan memberikan sebahagian dari keuntungan tadi sebagai upah kepada pekerjanya yang berhak. Dapat dilihat di sini,kehadiran peniaga lebih memberikan rahmat kepada alam ini dengan berbagai sumbangan mereka. Rasulullah SAW juga adalah seorang peniaga. Berniaga adalah sunnah baginda. Kita pun sering mendengar 9 dari 10 rezeki datangnya dari berniaga.

Berniagalah walaupun sekadar separuh masa. Janganlah pula malu dengan perniagaan sendiri,selagimana ianya urusan jual beli yang sah dan halal dalam Islam..teruskan. Hatta sekadar berniaga air minuman di tepi jalan,selagimana kebersihan di jaga,pembelinya dapat menghilang dahaga,berpatutan pula seunit harga…teruskanlah meniaga,pasti seluruh alam akan suka. Semangat berniaga perlu dipupuk oleh setiap manusia yang mampu demi mengharungi badai inflasi. Sekadar bekerja tanpa berniaga,bukan lagi suatu budaya mendepani kehidupan desa apatah lagi kota.

Ayuh sahabat,ayuh rakan, ayuh taulan,ayuh warga yang menjadi pewaris baginda…ayuh berniaga. Jatuh bangunnya mematangkan kita. Susah senangnya memotivasikan kita. Berniagalah apa saja. Asal ia bermanfaat untuk seluruh warga. Alangkah indah sekiranya barang dagangan kita menjadi pelengkap kehidupan seluruh warga. Sekadar berkongsi rasa,dikala inflasi semakin terasa.

Halim Zaki

Advertisements

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Salam…

Kenapa saya beria-ia sangat nak promosikan buku ini…? Kenapa sampai dua posting saya ceritakan kelebihan buku ini..? Sebenarnya saya cukup suka untuk berkongsi dengan semua muslim isi yang terkandung dalam buku ini… Apa yang saya rasakan baik,lebih baik lagi kalau saya berkongsi dengan semua… Cukup bermakna dan cukup berguna untuk kita sama-sama menyemak kembali amalan kita. Ilmu agama yang kita pelajari dahulu mungkin ada yang tersalah tafsir atau mungkin tersilap amal..atau mungkin x khatam sebenarnya…

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Kehadiran buku ini memberi rujukan yang lengkap atau dengan kata lain umpama MANUAL hidup umat islam selain Quran dan Hadith. Beberapa testimoni berkenaan buku ini:

Komen Fradzar

Buku yang sangat menarik
Value for money
Sangat2 di galakkan untuk membeli, sekurang-kurangnya sebuah rumah satu
Isinya sangat ringkas dan padat
Sesuai untuk menjadi rujukan cepat bagi mereka yang sibuk
Penjelasan disokong oleh gambar (contoh solat utk mereka yang tidak boleh berdiri dan sebagainya)

Mengandungi 7 bab

Bab 1 – Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 – Fardhu…more
Buku yang sangat menarik
Value for money
Sangat2 di galakkan untuk membeli, sekurang-kurangnya sebuah rumah satu
Isinya sangat ringkas dan padat
Sesuai untuk menjadi rujukan cepat bagi mereka yang sibuk
Penjelasan disokong oleh gambar (contoh solat utk mereka yang tidak boleh berdiri dan sebagainya)

Mengandungi 7 bab

Bab 1 – Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 – Fardhu Ain Asas
Bab 5- Munakahat
Bab 6- Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7- Syariah Sunnah Sepanjang Masa

Bonus

Di masukkan didalam buku ini beberapa jenis doa, zikir dan amalan untuk mengubati penyakit yang menjadi amalan Al-Fadhil Ust Ismail Kamus yang diajar kepada perawat-perawat Darussalam.

Juga didalam dimasukkan doa2 dalam amalan harian untuk peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian..

Komen Nor Haniza
Jun 16, 2009

Melihat sepintas lalu dan meneliti beberapa bahagian daripada buku ini, kakchik rasa ianya sebuah buku yang sangat perlu ada dalam simpanan kita dan diletakkan di tempat yang paling mudah dicapai kerana kita bakal memerlukannya untuk merujuk dalam banyak perkara.

Kakchik belum memiliki buku ini hanya membaca di Perpustakaan Dar Nur al-Zahra’. InsyaAllah akan segera mendapatkannya.

Kandungan amat mudah dibaca, persembahannya menarik kerana disertai dengan rekaletak yang kemas, grafik yang menarik, tulisannya tidak padat atau terlalu akademik. Tidak membosankan.

Di atas merupakan testimoni dari mereka yang pernah membaca buku ini…
Jangan kita zalimi diri dengan kita sanggup berbelanja ratusan ringgit semata-mata untuk dapatkan kasut yang baik untuk dipakai di kaki tertapi kita berkira untuk membelanja cuma RM55 untuk dipakai sampai ke liang lahad.
halimzaki