Ibu Bapa Bukan Liabiliti

Tulisan ini sangat menyentuh hati saya sebagai anak. Bersalah kiranya saya tidak berkongsi tulisan ini.

Halimzaki- Bacalah demi kebaikan kita bersama.

 

 

 

Ingatan kita bersama (Peringatan bagi yang lupa)

“Ibu Bapa Bukan Liabiliti”

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya kira cukup istimewa dan patut kita renungkan bersama. Tika saya menyemak email di kotak email di rumah, tiba-tiba perhatian saya tertarik pada satu email bertajuk “Ibu Bapa Bukan Liabiliti”…

Lalu saya membuka dan membacanya…

Email tersebut sungguh bermanfaat kandungannya, oleh itu, untuk kebaikan dan manfaat kita bersama saya siarkan semula isi kandungan email tersebut untuk kita berkongsi bersama.

Terima kasih kepada penulis asal saudara Pahrol Mohd Juoi di atas tulisannya berjudul

‘Nota Hati Seorang Lelaki’ ( Pahrol Mohd Juoi )  Beginilah kisah benarnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah.

Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.

Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah.

Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.

Mujurlah, isteridan anak-anak saya sudah faham.

Alhamdulilah mereka ‘sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak adaduit,”

Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?” Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang RM 5 ringgit….

Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya.

Tetapi yang mengejutkan  ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit.

Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun.Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah.

Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan.Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung.

Kedudukan ekonomi sayayang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.

Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum  apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi   sasaran.Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang.

Ayah akan sentiasa memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri.

Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.

Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara.

Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya.Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh  saya.Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya.

Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.

Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.

Namun sibuk sekalipun  saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,

tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH.

Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya?

Ya, mari kongsi bersama :

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.

Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu  sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).

Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.”

“Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.”

DOA MEREKA MUSTAJAB.

Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam  mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibubapa?

MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.

Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja.

Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Baca hayati, selami dan insafi…… Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab…Bahagia dunia akhirat…

Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa. Amin..

Dipetik dari inbox Halimzaki

Halimzaki

 

Advertisements

PETUA BERHENTI MEROKOK

Siapa Nak Berhenti Merokok.

Perkara Utama.

1. adakah kita seorang yang beriman kepada allah dengan
berpegang kepada ajaran islam ,bersandarkan rukun iman dan rukun islam serta memahaminya ?

2. adakah kita seorang yang bermaruah,dan sentiasa menjaga maruah ?

3. adakah kita seorang yang adil ?

4. adakah kita seorang yang bijak atau berakal waras ?

5. adakah perkara-perkara utama diatas dijawab, …ya ?

jika …ya ,teruskan membaca.

Secebis kenangan….

15 tahun yang lampau saya seorang perokok yang tegar…..

Suatu hari mendapati anak saya yang sulung telah mula menghisap rokok diusia 13 tahun…. Nah… apalagi saya pun naik angin dan terus menghukumnya dengan merotannya berulang kali….apalagi..terjerit teraunglah sianak tadi kesakitan….tiba-tiba timbul rasa dalam hati ,saya telah berlaku tidak adil kepadanya…kerana sianak merokok ayah rotan ,bila ayah merokok ayah tak kena rotan…lantas terfikir sebenarnya kelak siayah ini akan kena rotan lebih teruk lagi nanti….

Dengan rasa bersalah kerana tidak berlaku adil tadi,lantas saya pun mengeluarkan rokok yang didalam saku, meramasnya dengan kuat sambil berkata …mulai hari ini kita sama-sama berhenti merokok….

Sejak hari itu saya pun tak mau lagi merokok,begitu juga dengan anak saya itu….. alhamdulillah…

Kisah kedua….

Kawan saya seorang yang agak warak orangnya dan dah bertitle haji… suatu hari…lepas solat subuh kami meneruskan perjalanan pergi memancing di Sungai Rompin Pahang .masa solat tadi dia jadi imam dan saya makmumnya.

Dia memang seorang perokok yang tegar juga,dia mempelawa saya dengan menghulurkan rokoknya kepada saya untuk saya hisap, saya menjawab… saya dah berhenti merokok…merah padam mukanya …lantas bertanya dah lama ke berhenti …saya jawab ,lama dah….terus dia mencampakkan rokok yang dah terpasang dibibir dan yang tersimpan disakunya..sambil berkata ,aduh…malunya aku pada kau….mulai hari ini aku pun tak nak lagi merokok katanya…sambil menghulurkan tangan terus bersalaman dengan ku….

Kesah ketiga….

Aku menghantar kawanku untuk akad nikah disebuah mesjid…

Pak imam bertanya kepada kawanku itu…adakan saudara merokok…kawan ku jawab ya…saya merokok..pak imam bertanya bagaimana bakal isteri awak merokok juga ke ?..jawab kawan ku, tidak..dia tak merokok…kalau begitu aak suruh dia mula hisap rokok., sebab jika tidak nanti kamu akan dihukum sebab tidak berlaku adil terhadap isteri awak…awak bakal jadi ketua dalam keluarga awak nanti,perbuatan awak akan dituruti nanti….nah hari ini ….anak kembar kawan saya itu baru berusia 8 tahun dah mula menghisap rokok…..

Amat benar saranan pak imam tadi…baru sekarang nak berhenti merokok,anak pula dah mula nampak degil,dada pun dah mula sakit-sakit…..apa nak buat mungkin hukuman dan mula tiba…..cakap orang berilmu tak nak dengar….

Kesah keempat

Seorang kawanku,peniaga bijak berbicara,banyak wang dan ramai rakan taulan.berhajat untuk berhenti merokok..

Lantas ku ajukan kepadanya semua persoalan utama tadi…semua nya dijawab…ya…benar…

Pengalaman ku, semua perokok adalah …ego..apalagi jika ada ramai perokok bersamanya ketika itu…

Aku mula bercerita kesah ku berhenti merokok, dia menjawab aku belum ada anak lagi…katanya.. o.k…lah…esok-esok macam mana kataku…

Dia mendakwa rokok Cuma makruh..macam petai atau jering..aku jawab tidak…kataku rokok itu haram..merokok dapat dosa.dia menghujah aku terus memberi penerangan akhirnya dia bersetuju dan terus berazam dan berhenti merokok.walaupun mulanya air hidung meleleh sebab tak dapat rokok….nak tahu apa hujahku… kalau nak tahu teruskan membaca…

Jika rokok itu makruh.

1) makruh ditambah kemudharatan( akibat rokok) =haram

2) makruh+bencana pada pada diri ( penyakit)= haram

3) makruh+pembaziran (rokok mahal)= haram

4) pembaziran = perlakuan syaitan= haram

5) tidak berlaku adil= haram.

Jika rokok itu halal.

1) apabila kita menghisap rokok kesihatan kita semakin baik,orang disekeliling kita juga turut beroleh kebaikan dan minta kita terus merokok ,lagi banyak dihisap lagi banyak kebaikan.

2) Semakin kita mengisap rokok semakin banyak membawa manfaat kepada kita .

3) Semakin banyak kita merokok semakin senang kita disudut kewangan( ekonomi ).

Itu saja kataku padanya…bagaimana sekarang ?.apa pandangan awak adakah rokok itu masih makruh atau haram atau makruh yang membawa kearah halal…

Aku suruh dia berfikir sendiri mencari jawapan….

Lepas 3 hari dia beri jawapannya…aku dah berhenti merokok…

Bagi anda yang masih merokok,bacalah tulisan rengkas ini berulang kali. Ego anda dapat dikurangkan atau terus terhindar. Cubalah jika anda berniat untuk berhenti merokok.

Untuk tulisan rengkas ini tiada di sertakan gambar yang menarik, kalau nak tenguk gambar tersebut,lihatlah dikotak rokok anda itu….’’’.

Dipetik dari peti inbox Halimzaki

Halimzaki