• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    July 2009
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • PAS Sedia Bersemuka August 27, 2016
      Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.Saya melihat “rep […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? August 25, 2016
      Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlalua […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN August 25, 2016
      Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Ma […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak
      Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.Adat bersendikan hukumHukum bersendikan kitab AllahSyarak mengataAdat menurutAngkara tak cukup duit nak kahwin1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebua […]
    • Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara
      29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber […]
    • Jejak Asnaf Parlimen Rembau
      Tn Hj Ishak Omar dari Ihsan Amal dan Pn Rusilah Md Som dari Skuad Prihatin pada 29 November 2016 telah menyampaikan barangan dapur sumbangan orang ramai kepada 15 keluarga miskin sekitar kawasan parlimen Rembau di Taman Desa Permai, Kg Senama, Kg Pulau Hanyut, Pulau Besar, Kg Sg Radin, Kg Sg Timun, Kg Titian Akar, Kg Titian Bintangor, PPRT Legong Ulu, Rumah […]
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • 通販で買える男性用育毛剤おすすめ口コミ比較ランキング! September 8, 2015
      通販で買える育毛剤には多くの種類があります。そういったものの殆どは公式サイトがあり、魅力的な育毛の効能についてや、様々な特典・メリットなどが記載してあり迷ってしまいます。特に初めて育毛剤を使用する人は、頭のなかで情報が交錯してしまい、一体どれがいいのか分からなくなり混乱してしまうのではないでしょうか。そこで口コミなどで人気の高い3つの育毛剤を紹介しましょう。1位はチャップアップです。これは頭皮のケアを行ってくれる多くの成分が32種類も配合されています。更に老若男女が使える育毛剤とも言える物です。チャップアップの口コミでは「頭皮の感想からくる痒みがなくなり、頭皮に健康が戻ってきた感じ」、「無香料なので良い」、「水のような感じで扱いやすく、脱毛につながってしまうふけやかゆみの悩みが改善されてきた」、「チャップアップ […]

Catatan Anak Seorang Tahanan ISA

Oleh Suhaib Mat Sah. Anda wajib BACA !!!!!

suhaib

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya……

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur…

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis….

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah… Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian….

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

mat sah satray

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah…

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur… Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya. ..hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut….

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan.. . namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan.. .

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi. blogspot. com/ @ merah hitam.

Dipetik dari inbox penulis.

Halimzaki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: