• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    July 2009
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • PAS Sedia Bersemuka August 27, 2016
      Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.Saya melihat “rep […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? August 25, 2016
      Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlalua […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN August 25, 2016
      Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Ma […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak
      Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.Adat bersendikan hukumHukum bersendikan kitab AllahSyarak mengataAdat menurutAngkara tak cukup duit nak kahwin1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebua […]
    • Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara
      29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber […]
    • Jejak Asnaf Parlimen Rembau
      Tn Hj Ishak Omar dari Ihsan Amal dan Pn Rusilah Md Som dari Skuad Prihatin pada 29 November 2016 telah menyampaikan barangan dapur sumbangan orang ramai kepada 15 keluarga miskin sekitar kawasan parlimen Rembau di Taman Desa Permai, Kg Senama, Kg Pulau Hanyut, Pulau Besar, Kg Sg Radin, Kg Sg Timun, Kg Titian Akar, Kg Titian Bintangor, PPRT Legong Ulu, Rumah […]
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • 通販で買える男性用育毛剤おすすめ口コミ比較ランキング! September 8, 2015
      通販で買える育毛剤には多くの種類があります。そういったものの殆どは公式サイトがあり、魅力的な育毛の効能についてや、様々な特典・メリットなどが記載してあり迷ってしまいます。特に初めて育毛剤を使用する人は、頭のなかで情報が交錯してしまい、一体どれがいいのか分からなくなり混乱してしまうのではないでしょうか。そこで口コミなどで人気の高い3つの育毛剤を紹介しましょう。1位はチャップアップです。これは頭皮のケアを行ってくれる多くの成分が32種類も配合されています。更に老若男女が使える育毛剤とも言える物です。チャップアップの口コミでは「頭皮の感想からくる痒みがなくなり、頭皮に健康が戻ってきた感じ」、「無香料なので良い」、「水のような感じで扱いやすく、脱毛につながってしまうふけやかゆみの悩みが改善されてきた」、「チャップアップ […]

Imam Besar ajak ke masjid, Menteri Besar galak ke pantai?

Mat Zain Mat Isa
Tue | Jul 21, 09 | 2:10:50 pm MYT

Hari Isnin, 20 Julai 2009, bersamaan 27 Rejab 1430H, umat Islam seluruh dunia memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa besar dan antara yang terpenting dalam sejarah permulaan Islam itu membawa bersamanya lautan iktibar dan hikmah yang kekal menjadi panduan dan peringatan kepada umat Islam hingga ke akhir dunia.
Iklan

Di antara pengajaran dan perkara utama ditonjolkan menerusi apa yang dialami Rasulullah s.a.w. di dalam peristiwa itu ialah berkaitan kepentingan mendirikan solat. Menerusi peristiwa Israk dan Mikraj Baginda s.a.w. menerima syariat mendirikan solat lima waktu sehari semalam.

Diriwayatkan juga Nabi Muhammad s.a.w. telah mengimami solat bersama para anbiya dan mursalin. Episod itu bukan sahaja mengisyaratkan Baginda s.a.w. sebagai penghulu segala anbiya dan mursalin, malah kepimpinan beliau itu dikaitkan pula dengan penghormatan diberikan oleh sekalian mereka dalam memimpin ibadat utama kepada Allah itu.

Kejadian itu juga dijadikan iktibar betapa Islam amat menekankan solat berjamaah. Sebab itu setiap kali para asatizah dan ulama menceritakan Israk dan Mikraj, mereka tidak akan ketinggalan mengaitkannya dengan kepentingan menjaga solat dan memakmurkan masjid menerusi solat berjamaah.

Amat malang bagi umat ini, meski pun peringatan dan penekanan mengenai kepentingan solat berjamaah sering diulangsebut pelbagai pihak yang menitikberatkan amalan itu, ia masih terlalu jauh untuk menjadi tabiat harian umat Islam.

Fenomena masjid dan surau yang kosong dan lengang terzahir di mana-mana. Pihak pemerintah pula lebih gemar memperbanyakkan jumlah masjid berbanding mengambil daya usaha memperbanyakkan jumlah anggota kariah yang melazimi masjid sedia ada untuk berjamaah.

Mereka lebih ghairah mengeluarkan belanja menghias dan memperindahkan masjid dan surau berbanding memakmurkannya dengan berbagai aktiviti berpatutan dan berterusan di situ.

Fenomena ini agak menyeluruh. Sebab itu apabila berlaku kejadian ‘sejadah terapung’ di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, akhir bulan lalu, ada pandangan mengaitkannya dengan peringatan Allah agar umat Islam memperbetulkan kepincangan ini.

Sebuah akhbar Inggeris, 30 Jun lalu memetik ulasan Imam Besar Negeri Terengganu, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai kejadian yang dianggap aneh dan menggemparkan itu.

“Tidak perlu panik. Kejadian itu adalah ingatan kepada umat Islam agar tidak mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat berjamaah,” ujarnya.

Menurut laporan akhbar itu, seorang wanita dari Seremban yang menziarahi masjid popular di tengah Sungai Terengganu itu terserempak dengan fenomena pelik itu. Beliau dikatakan sempat merakamkan kejadian ‘sejadah terapung’ itu menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Penyebaran cerita itu dikatakan menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat berdekatan. Aizi Saidi bagaimana pun mengaitkan kejadian itu sebagai gambaran sikap tidak ambil berat rakyat negeri Terengganu dengan tuntutan menunaikan solat berjamaah.

Beliau malah mengakui fenomena masjid kosong semakin menjadi lumrah di negeri itu. Katanya, Terengganu mempunyai masjid yang sangat banyak, tetapi jumlah jemaah yang memakmurkannya amat mendukacitakan.

“Sebilangan masjid kita malah kekurangan ahli jemaah walaupun ketika solat Jumaat,” akhbar itu memetik pengakuan beliau.

Pengakuan terus-terang itu bukan suatu yang mengejutkan. Ia bukan cerita baru. Cerita masjid-masjid di Terengganu kosong dan lengang kedengaran sejak berdekad dulu.

Hanya buat beberapa tahun di zaman pemerintahan PAS, fenomena itu diperbaiki. Sebahagian besar masjid milik kerajaan kelihatan “basah” dan makmur. Jumlah anggota kariah yang menghadiri masjid meningkat mendadak di serata negeri. Kemakmurannya ditambah dengan siri kuliah dan tazkirah yang silih berganti.

Perkembangan positif dan membanggakan itu bagaimana pun susut dan beransur pupus ekoran tindakan politik oleh Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih pemerintahan pada 2004.

Ia dimulakan dengan pemansuhan semua Jawatankuasa Masjid Mukim (JMM) dilantik oleh kerajaan PAS. BN menggantikannya dengan kumpulan manusia yang sealiran dengan fahaman politiknya.

Keghairahan BN membalas dendam kepada penyokong parti lawan di peringkat kampung juga gagal mengambilkira keperluan menjaga kemakmuran masjid. Orang yang BN lantik sebagai Ahli JMM sebahagian besarnya bukan dari jenis manusia yang dekat dengan masjid. Satu-satunya kelayakan diambil kira ialah pendirian dan kecenderungan politik mereka yang memihak BN.

Akhirnya berlakulah fenomena masjid-masjid yang kosong dan kontang. Jumlah ahli kariah yang berjamaah merosot mendadak. Bilangan majlis ilmu juga tidak lagi sekerap sebelumnya. Sebahagian besar tenaga pengajar dan ustaz terlibat memberikan kuliah dan tazkirah tidak lagi diberikan ruang meneruskan usaha dakwah dan pengajaran agama.

Sikap sepi dan tidak serius BN terhadap usaha memakmurkan masjid amat terserlah. Mereka turut menganjurkan majlis memperingati Israk dan Mikraj. Ingatan dan ajakan kepada hadirin agar sentiasa mengunjungi masjid dan mendirikan solat secara berjamaah turut disuarakan para penceramah di majlis itu.

Namun, suratan atau kebetulan, petang menjelang 27 Rejab (Ahad lalu) juga kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said turut mengumumkan satu agenda penting dalam kalendar pelancongan negeri. Ia telah memutuskan akan menghidupkan kembali ‘Pesta Main Pantai’, satu pendekatan yang amat bertentangan dengan hasrat memakmurkan masjid.

Pesta itu adalah amalan tradisi masyarakat Terengganu sejak dulu. Ia dikatakan dibuat oleh masyarakat kampung yang bertanam padi sebagai acara hiburan mereka selepas selesai musim menuai. Mereka akan membawa keluarga ke tepi pantai, mendirikan khemah dari kayu atau buluh. Daun kelapa berpelepah akan digunakan sebagai dinding dan atap khemah.

Mereka akan berkampung di situ buat beberapa hari sambil berehat dan mengadakan aktiviti sukan rakyat dan persembahan hiburan kebudayaan.

Pesta itu diteruskan di era moden dengan sedikit pengubahsuaian. Ia bagaimana pun terhenti seketika sebelum ini. Pandangan beberapa pihak, terutama ulama dan pemimpin agama diambil kira. Pesta sebegitu didapati banyak mengundang kesan tidak baik kepada masyarakat, terutama berhubung gejala sosial dan dorongan melakukan maksiat.

Kini, BN Terengganu telah berkeputusan menghidupkannya kembali. Tidak dapat dipastikan pandangan ulama dan tokoh agama mana yang mereka rujuk.

Pesta itu bakal dilangsungkan selama dua minggu pada awal bulan depan. Kerajaan negeri menyandarkan rasionalnya kepada melaksanakan agenda pelancongan, menghidupkan seni warisan dan kebudayaan, serta hiburan kepada rakyat.

Memang itulah rasional yang paling mudah dan lumrah digunakan mana-mana pihak untuk menghidupkan sesuatu yang mendapat tentangan sebahagian anggota masyarakat.

Kita juga tidak terlalu jumud sehingga menolak sepenuhnya aktiviti budaya dan seni warisan. Apatah lagi sesuatu itu dikaitkan dengan agenda pelancongan yang dibuktikan dapat menambahkan pendapatan kepada negeri.

Bagaimanapun, sepertimana dibuktikan banyak pihak sebelum ini, penganjuran pesta seumpama itu lebih banyak mudarat berbanding manfaat, terutama terhadap akhlak dan moral umat Islam.

Ia menjadi medan sangat kondusif dan dorongan kepada kejadian yang menyalahi hukum dan suruhan agama. Apatah lagi dalam keadaan biasa tanpa pesta sebegitu pun, kerajaan sudah menghadapi suasana amat sukar menbendung dan mencegah maksiat dan mungkar.

Mengambil kira fenomena kebobrokan sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat mutakhir ini, pengumuman kerajaan negeri Ahad lalu yang mahu menghidupkan kembali pesta pantai dilihat amat bercanggah dengan semangat sambutan Israk dan Mikraj.

Ekoran itu ada suara dalam masyarakat negeri itu yang mengatakan, “Imam Besar bersungguh ajak rakyat ke masjid, Menteri Besar pula anjur program galakkan rakyat bermain di pantai”.

Tindakan itu bukan sahaja membuktikan kerajaan tidak ambil pusing seruan sebegitu baik oleh Imam Besar Negeri, malah BN sekali lagi tersilap kaedah dan cara untuk mengubati penyakit sosial yang melanda masyarakat. – mns_

Dipetik dari Harakahdaily.

Mana nak dengar..Imam Besar ka Menteri Besar…?
Tepuk dada tanya iman…

Halimzaki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: