• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    July 2009
    S M T W T F S
    « Jun   Aug »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • PAS Sedia Bersemuka August 27, 2016
      Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.Saya melihat “rep […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? August 25, 2016
      Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlalua […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN August 25, 2016
      Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Ma […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak
      Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.Adat bersendikan hukumHukum bersendikan kitab AllahSyarak mengataAdat menurutAngkara tak cukup duit nak kahwin1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebua […]
    • Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara
      29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber […]
    • Jejak Asnaf Parlimen Rembau
      Tn Hj Ishak Omar dari Ihsan Amal dan Pn Rusilah Md Som dari Skuad Prihatin pada 29 November 2016 telah menyampaikan barangan dapur sumbangan orang ramai kepada 15 keluarga miskin sekitar kawasan parlimen Rembau di Taman Desa Permai, Kg Senama, Kg Pulau Hanyut, Pulau Besar, Kg Sg Radin, Kg Sg Timun, Kg Titian Akar, Kg Titian Bintangor, PPRT Legong Ulu, Rumah […]
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • 通販で買える男性用育毛剤おすすめ口コミ比較ランキング! September 8, 2015
      通販で買える育毛剤には多くの種類があります。そういったものの殆どは公式サイトがあり、魅力的な育毛の効能についてや、様々な特典・メリットなどが記載してあり迷ってしまいます。特に初めて育毛剤を使用する人は、頭のなかで情報が交錯してしまい、一体どれがいいのか分からなくなり混乱してしまうのではないでしょうか。そこで口コミなどで人気の高い3つの育毛剤を紹介しましょう。1位はチャップアップです。これは頭皮のケアを行ってくれる多くの成分が32種類も配合されています。更に老若男女が使える育毛剤とも言える物です。チャップアップの口コミでは「頭皮の感想からくる痒みがなくなり、頭皮に健康が戻ってきた感じ」、「無香料なので良い」、「水のような感じで扱いやすく、脱毛につながってしまうふけやかゆみの悩みが改善されてきた」、「チャップアップ […]

Mansuh PPSMI ‘kejayaan rakyat’

Abdul Rahim Sabri
Jul 8, 09
4:45pm
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

“Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing,” katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasMelalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.

Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana “berani membuat keputusan yang benar” demi kebaikan masa depan rakyat.

Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.

“Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.

Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.

Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.

Daulat bahasa Melayu

Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:

“Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.

anti ppsmi rally 070209 rally 02″Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.

“Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,” tambahnya.

‘Hanya sebahagian selesai’

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan ‘sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai’.

Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.

“Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai.

“Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

“Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat.

“Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu.

“Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Gapena akan bantu

Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang “sangat realistik” kepada rakyat Malaysia.

“Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia,” kata dalam sidang media yang sama.

“Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan,” katanya.

Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan “mendengar pandangan rakyat” dan membuat “keputusan yang bijak”.

“Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.

Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

Daulat bahasa Melayu

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.

“Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat,” kata badan itu dalam satu kenyataan.

NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.

Dipetik dari Malaysiakini.

Halimzaki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: