• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    June 2009
    S M T W T F S
    « May   Jul »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • PAS Sedia Bersemuka August 27, 2016
      Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.Saya melihat “rep […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? August 25, 2016
      Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlalua […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN August 25, 2016
      Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Ma […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak
      Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.Adat bersendikan hukumHukum bersendikan kitab AllahSyarak mengataAdat menurutAngkara tak cukup duit nak kahwin1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebua […]
    • Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara
      29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber […]
    • Jejak Asnaf Parlimen Rembau
      Tn Hj Ishak Omar dari Ihsan Amal dan Pn Rusilah Md Som dari Skuad Prihatin pada 29 November 2016 telah menyampaikan barangan dapur sumbangan orang ramai kepada 15 keluarga miskin sekitar kawasan parlimen Rembau di Taman Desa Permai, Kg Senama, Kg Pulau Hanyut, Pulau Besar, Kg Sg Radin, Kg Sg Timun, Kg Titian Akar, Kg Titian Bintangor, PPRT Legong Ulu, Rumah […]
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • 通販で買える男性用育毛剤おすすめ口コミ比較ランキング! September 8, 2015
      通販で買える育毛剤には多くの種類があります。そういったものの殆どは公式サイトがあり、魅力的な育毛の効能についてや、様々な特典・メリットなどが記載してあり迷ってしまいます。特に初めて育毛剤を使用する人は、頭のなかで情報が交錯してしまい、一体どれがいいのか分からなくなり混乱してしまうのではないでしょうか。そこで口コミなどで人気の高い3つの育毛剤を紹介しましょう。1位はチャップアップです。これは頭皮のケアを行ってくれる多くの成分が32種類も配合されています。更に老若男女が使える育毛剤とも言える物です。チャップアップの口コミでは「頭皮の感想からくる痒みがなくなり、頭皮に健康が戻ってきた感じ」、「無香料なので良い」、「水のような感じで扱いやすく、脱毛につながってしまうふけやかゆみの悩みが改善されてきた」、「チャップアップ […]

Kaedah Belajar yang Betul

Salam dan selamat sejahtera….

Cara belajar yang betul

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Darul Quran JAKIM, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, MALAYSIA.
Darul Quran JAKIM, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, MALAYSIA.

Darul Quran JAKIM, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, MALAYSIA.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaja buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya bergantung pada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru atau pensyarah dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada ahli keluarga yang lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kerja dan akademik
Jika anda berada dalam tahun-tahun yang sibuk di pejabat, jangan terlalu menumpukan perhatian pada kerja dan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Anda perlu menetapkan masa minima untuk mengulangkaji. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , selalulah berjumpa atau berkomunikasi dengan pensyarah.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan Mac. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkan, pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke tujuh belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke lapan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke sembilan belas : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan berterusan dan sebagainya. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan anda. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Tasik USM

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: