• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    March 2009
    S M T W T F S
    « Feb   Apr »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • PAS Sedia Bersemuka August 27, 2016
      Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.Saya melihat “rep […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? August 25, 2016
      Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlalua […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN August 25, 2016
      Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Ma […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak
      Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.Adat bersendikan hukumHukum bersendikan kitab AllahSyarak mengataAdat menurutAngkara tak cukup duit nak kahwin1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebua […]
    • Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara
      29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber […]
    • Jejak Asnaf Parlimen Rembau
      Tn Hj Ishak Omar dari Ihsan Amal dan Pn Rusilah Md Som dari Skuad Prihatin pada 29 November 2016 telah menyampaikan barangan dapur sumbangan orang ramai kepada 15 keluarga miskin sekitar kawasan parlimen Rembau di Taman Desa Permai, Kg Senama, Kg Pulau Hanyut, Pulau Besar, Kg Sg Radin, Kg Sg Timun, Kg Titian Akar, Kg Titian Bintangor, PPRT Legong Ulu, Rumah […]
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • 通販で買える男性用育毛剤おすすめ口コミ比較ランキング! September 8, 2015
      通販で買える育毛剤には多くの種類があります。そういったものの殆どは公式サイトがあり、魅力的な育毛の効能についてや、様々な特典・メリットなどが記載してあり迷ってしまいます。特に初めて育毛剤を使用する人は、頭のなかで情報が交錯してしまい、一体どれがいいのか分からなくなり混乱してしまうのではないでしょうか。そこで口コミなどで人気の高い3つの育毛剤を紹介しましょう。1位はチャップアップです。これは頭皮のケアを行ってくれる多くの成分が32種類も配合されています。更に老若男女が使える育毛剤とも言える物です。チャップアップの口コミでは「頭皮の感想からくる痒みがなくなり、頭皮に健康が戻ってきた感じ」、「無香料なので良い」、「水のような感じで扱いやすく、脱毛につながってしまうふけやかゆみの悩みが改善されてきた」、「チャップアップ […]

Bahasa Melayu mati, bangsa Melayu terkubur!

Prof Dr Wan Abu Bakar Salmiyah Harun Thu | Mar 05, 09 | 10:34:25 am MYT Dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan semakin hebat disanggah. Pelbagai pandangan dari tenaga akademik meyakinkan lagi betapa buruknya dasar yang dipertahankan oleh BN ini. Harakah berkesempatan mewawancara Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan dalam bahasa Melayu di universiti. Beliau menyifatkan kesan dasar itu terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu cukup terkesan. Beliau ditemui di pejabatnya oleh wartawan SALMIYAH HARUN dibantu INTAN ABDULLAH

Apa pandangan Prof terhadap dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan?
PROF DR IR WAN ABU BAKAR: Bahasa Melayu patut diberikan peluang untuk berkembang sebagai ilmu terutama ilmu sains dan teknologi. Seandainya kita tidak menggunakan lagi bahasa Melayu untuk menguasai atau belajar, maka ilmu bahasa Melayu itu akan terbantut perkembangannya. Saya rasa suatu hari nanti bahasa Melayu akan ketinggalan dibandingkan dengan perkembangan ilmu. Ini sekali gus akan membunuh bahasa Melayu itu sendiri. PPSMI ada orang anggap ia penting tetapi budak-budak yang diberi peluang untuk menerima ilmu ini dengan baik sepatutnya dilakukan dalam bahasa yang mereka fahami.

Asasnya Kementerian Pelajaran meneruskan PPSMI ini kerana bahasa Inggeris amat sesuai untuk bidang sains dan matematik khsusnya dalam era teknologi masa kini. Pendapat Prof?
Semua bahasa sesuai untuk bidang matematik dan sains, malah kalau kita lihat kekuatan bahasa Inggeris sendiri bukan pada sains dan teknologi. Tetapi kekuatannya adalah pada sasteranya. Itulah kekuatan sebenarnya bahasa Inggeris. Sains dan teknologi tidak pentingkan sangat bahasa apa yang digunakan. Sebaik-baiknya dalam bahasa yang kita fahami. Bahasa Melayu juga sesuai seperti bahasa Inggeris. Kedua-duanya sesuai. Sama sahaja tidak ada lebihnya. Dengan syarat kita terus bangunkan bahasa Melayu dengan perkembangan ilmu seperti yang kita lakukan sebelum ini. Kita buat istilah, buat sainstifik dalam bahasa Melayu. Asalkan kita boleh mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak akan timbul masalah. Bagi Prof sendiri, pengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan, yang mana lebih mudah, dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Bagi saya untuk mengajar memang senang dalam bahasa Inggeris sebab saya belajar dalam bahasa Inggeris. Tetapi yang penting bukan saya, tetapi pelajar. Dan pelajar-pelajar kita dari sekolah Melayu dan dari sekolah Cina akhirnya masuk ke universiti. Bahasa Inggeris menjadi asing bagi mereka. Mengajar sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris menjadikan ilmu sains dan matematik itu ilmu yang asing bagi mereka. Tidak bagus. Sebab selama ini mereka menjadikan sains dan matematik sebahagian daripada hidup mereka, kerana itu ilmu bangsa mereka. Jika mereka menerima sains dan teknologi itu, suatu yang asing dan bukan dalam jiwa mereka, tidak bagus untuk mereka dan akhirnya nanti bahasa Melayu akan terasing dalam sains dan teknologi.

Ada sesetengah pihak mengatakan pelajar tidak akan maju dalam bidang yang diceburi khususnya kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya apabila belajar dalam bahasa Melayu. Apa pandangan Prof?
Cuba kita balik semula tahun 60an apabila sains dan teknologi sekolah bukan dalam bahasa Melayu. Kita buat kajian berapa ramai orang Melayu yang ambil sains dalam Bahasa Melayu. Saya bersekolah dalam lewat 60an dalam kelas sains saya ada tiga empat orang sahaja orang Melayu. Sekarang orang Melayu sudah banyak buat bidang sains dan teknologi. Bagi saya itu tidak betul. Kalau ada masalah kemajuan sains dan teknologi pun, ia di peringkat tinggi bukan di peringkat kita mengajar di sekolah-sekolah. Sains dan teknologi yang baru ini, ia diperingkat yang tinggi. Pada masa itu tidak patut ada masalah bagi pelajar kita kerana ia memang wajar belajar bahasa Inggeris. Memang kita tidak nafikan memang pelajar kita patut belajar bahasa Inggeris tetapi melalui kaedah pembelajaran bahasa Inggeris yang biasa kita ikuti sebelum ini. Mengapa disuapkan melalui sains dan matematik.

Sejauhmana berkesannya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Sedangkan kalau kita lihat negara seperti Jepun, Jerman, Perancis yang menggunakan bahasa mereka akhirnya boleh maju juga…
Saya hidup di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Memang anak-anak saya tidak ada masalah untuk bercakap bahasa Inggeris seperti mana mereka bercakap bahasa Melayu. Tetapi kalau kita pergi keluar Lembah Klang dan bandar-bandar besar, budak-budak kita memang akan merasa terasing jika kita ajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Sudahlah ilmu itu bukan ilmu yang senang, asing dan bukan sebahagian daripada budaya mereka.

Jadi mata pelajaran apa yang patut diambil perhatian oleh kerajaan untuk memperkuatkan penguasan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Mungkin Prof ada saranan kepada kerajaan.
Oh! saya rasa kita belajar bahasa Inggeris itu sendiri melalui kedah pembelajaran bahasa Inggeris. Begitu juga belajar bahasa Melayu ada kaedah-kaedahnya tersendiri. Bahasa Inggeris ada kaedahnya. Bahasa Melayu ada kaedahnya. Matematik ada kaedahnya begitu juga sains. Kalau betul lah… mengajar sains dan matematik ini bagus, kenapa universiti sekarang ini sibuk mengajar pelajar-pelajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya apabila sudah masuk universiti sudah pandai bahasa Inggeris. Ada subjek bahasa Inggeris ditawarkan untuk pelajar-pelajar belajar bahasa itu. Pelajar universiti wajib mengikuti kelas bahasa Inggeris. Maknanya sewaktu mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, mereka tidak berjaya menguasai bahasa Inggeris yang cukup.

Jika benar kerajaan menegaskan dasar PPSMI itu baik, mengapa Menteri Pelajaran Hishamuddin tidak mengambil peluang untuk menyahut cabaran debat secara terbuka dengan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk menyatakan kebenarannya?
Saya tengok jawapan Hishamuddin seolah-olah beliau mahu mengubah dasar PPSMI itu. Seolah-olah menyatakan tidak ada guna kita berdebat panjang. Kita akan ubah dasar itu. Bagi saya dia tidak mahu berdebat sebab dia sudah bersedia untuk mengubah dasar itu. Saya rasa begitu. Itu gambaran yang saya dapat.

Menteri Pelajaran dijangka akan menghantar kertas kajian berkaitan PPSMI ini ke kabinet pada hujung tahun ini, tidakkah ianya sudah terlambat?
Itu tidak menjadi masalah. Kalau kerajaan memutuskan untuk membubarkan dasar itu sudah semestinya dasar itu akan dimansuhkan tahun depan. Kalau hendak memansuhkan dasar itu mestinya bermula tahun depan. Sekarang ini kalau buat keputusan memansuhkan terlalu awal, untuk dilaksana. Tetapi bagi saya hujung tahun ini masa yang sesuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: