• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    February 2009
    S M T W T F S
        Mar »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • PAS Sedia Bersemuka August 27, 2016
      Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.Saya melihat “rep […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? August 25, 2016
      Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlalua […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN August 25, 2016
      Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Ma […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak
      Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.Adat bersendikan hukumHukum bersendikan kitab AllahSyarak mengataAdat menurutAngkara tak cukup duit nak kahwin1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebua […]
    • Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara
      29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber […]
    • Jejak Asnaf Parlimen Rembau
      Tn Hj Ishak Omar dari Ihsan Amal dan Pn Rusilah Md Som dari Skuad Prihatin pada 29 November 2016 telah menyampaikan barangan dapur sumbangan orang ramai kepada 15 keluarga miskin sekitar kawasan parlimen Rembau di Taman Desa Permai, Kg Senama, Kg Pulau Hanyut, Pulau Besar, Kg Sg Radin, Kg Sg Timun, Kg Titian Akar, Kg Titian Bintangor, PPRT Legong Ulu, Rumah […]
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • 通販で買える男性用育毛剤おすすめ口コミ比較ランキング! September 8, 2015
      通販で買える育毛剤には多くの種類があります。そういったものの殆どは公式サイトがあり、魅力的な育毛の効能についてや、様々な特典・メリットなどが記載してあり迷ってしまいます。特に初めて育毛剤を使用する人は、頭のなかで情報が交錯してしまい、一体どれがいいのか分からなくなり混乱してしまうのではないでしょうか。そこで口コミなどで人気の高い3つの育毛剤を紹介しましょう。1位はチャップアップです。これは頭皮のケアを行ってくれる多くの成分が32種類も配合されています。更に老若男女が使える育毛剤とも言える物です。チャップアップの口コミでは「頭皮の感想からくる痒みがなくなり、頭皮に健康が戻ってきた感じ」、「無香料なので良い」、「水のような感じで扱いやすく、脱毛につながってしまうふけやかゆみの悩みが改善されてきた」、「チャップアップ […]

Hentikan rompakan kroni, tolak penswastaan

Hishamuddin Rais | Jan 28, 09 3:49pm
Penswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 1980-an dahulu. Ia adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ia merupakan dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrem.

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan, banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat milik awam. Banyak syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai.

Kaum pemodal meleleh air liur apabila melihat syarikat-syarikat air, elektrik, pos, telefon, penerbangan, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.

Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat ini diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksimum.

Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.

Khidmat untuk orang ramai ialah syahadah untuk semua syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan “khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai”. Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada semua mereka.

Tiba-tiba Dr Mahathir Mohamad melancarkan skim cepat kaya pada tahun 1980-an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, bekalan air, khidmat pos, hospital, Taman Negara dan jalan raya – semua ini contoh syarikat dan harta orang yang  diagih-agihkan olehnya kepada kaum kerabat dan kroninya.

Inilah skim cepat kaya Mahathir yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Pada tahun-tahun itu, ketika Mahathir masih di takhta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi taukeh gedung-gedung perniagaan.

Kita mendengar Mat Drebar Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.

Semua harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk dijadikan milik peribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni.

Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.

Hasilnya di zaman Mahathir banyak lanun dan perompak menjadi kaya-raya.

Bayangkan puluhan puluh tahun syarikat dan harta ini cuba dibangunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS – dari dua buah kapal terbang yang disewa akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa.

Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya perkhidmatan pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara.

Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka, jalan raya dan landasan keretapi dibuat.

Berapa bilion ringgit pelaburan telah dicurahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini?

Dalam sekelip mata sahaja semua harta ini dirompak oleh Mahathir. Harta-harta milik kita semua ini dengan begitu senang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni.

Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar penswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita.

Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom?

Tidakkah kita berasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar? Tidakkah kita berasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika Syarikat?

Tidakkah kita terganggu apabila syarikat telefon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea Selatan dan Australia?

Dasar penswastaan telah berjalan lebih 20 tahun. Porak-peranda hasil pelaksanaan dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung “menipu” untuk membuat duit.

Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang “tidak bermutu” tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar.

Jika tidak ada duit, maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.

Lihat pula berapa banyak jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan tarifnya saban tahun. Telefon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat-syarikat swasta ini.

Dahulu – ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung, keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Apabila syarikat ini diswastakan, apabila ada untung, maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini.

Inilah bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.

Minggu lalu Najib Razak telah cuba melakukan tindakan seumpamanya. Najib sedang membuka jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby kroni pertama Najib. Jika diselidik dan dihalusi, maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan.

Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara melalui penswastaan. Ia telah dipersetujui oleh Najib. Dia sendiri membuat kenyataan – dia tidak akan menghalang niat Sime Darby.

Lihat dengan licik Najib telah “membocorkan” berita rancangan ini sesudah Parlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Najib tidak mahu projek penswastaan (baca: rompakan) IJN ini dibincangkan di Parlimen. Pasti perancangan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap.

Pasti ada rundingan yang telah dibuat. Kenapa projek penswastaan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di Parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib bersetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu diuar-uarkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?

Semua perjanjian penswastaan dibuat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan.

Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan, kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang dijanjikan?

Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengayakan kroni dan kaum kerabat.

Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai daripada kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.

Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran.

Selagi mereka berkuasa, rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan – hentikan dasar ini dan mereka ini kita nyahkan daripada tampuk kuasa

One Response

  1. salam….
    abbang mengecam habes habesan dasar penswastaan,tak dinafikan mmg ada rasuah tp abg bukankah setiap sesuatu itu ada pros n cons…
    nk sempurna je ne dpt manusia ada cm2 perangai tp abg jagn lpe waktu mahathir jd pmxda cina berani kurang ajar ngn org melayu
    skunk orang melayu kna hina ngn bangsa2 len,,, cina india hilang hormat pada kita…
    belum tentu waktu kita berada di tempat dye kte mampu untk buat apa yg dia buat,,,,,
    hakikat tiada siapa sempurna…jgnlah condemn 100 peratus kerna setiap manusia itu pasti ada jahat danada baeknye,,tiada yg maksum….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: