• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    September 2016
    S M T W T F S
    « Apr    
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • PAS Sedia Bersemuka August 27, 2016
      Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan “report” polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.Saya melihat “rep […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik? August 25, 2016
      Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom? Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlalua […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
    • Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN August 25, 2016
      Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Ma […]
      noreply@blogger.com (nasrudin hassan)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Teruskan membaca →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Ikat perut demi anak di Mesir
      Fikir banyak kali sebelum hantar anak belajar luar negara jika tiada tajaan. Sedangkan yang ada tajaan pun sekarang ini kena keluar duit sendiri dulu sekitar RM11,000 untuk buat Visa, Insuran, Pemeriksaan Kesihatan dan beberapa urusan lain.Kerajaan juga perlu siasat ejen swasta yang menguruskan penghantaran pelajar ini ke luar negara!IBU BAPA TERPENGARUH DEN […]
    • Padah tipu cinta doktor muda
      Jika tipu RM75,000 penjara 21 tahun, adakah tipu RM150,000 penjara 42 tahun, tipu RM300,000 penjara 84 tahun dan seterusnya? Adakah hukumannya sama untuk mereka yang mencuri, menerima rasuah dsbnya?Padah tipu cinta doktor muda20 Sep 2016MELAKA – Kelicikan seorang wanita yang menyamar di aplikasi media sosial untuk memperdaya seorang doktor muda sehingga sang […]
    • Terima kasih semua
      Terima kasih kepada para petugas, peserta, penyumbang, petugas agihan daging korban, juga penerima agihan daging korban untuk Program Korban pada 10 Zulhijjah 1437 sekitar Paroi, Senawang dan Rembau.ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • 通販で買える男性用育毛剤おすすめ口コミ比較ランキング! September 8, 2015
      通販で買える育毛剤には多くの種類があります。そういったものの殆どは公式サイトがあり、魅力的な育毛の効能についてや、様々な特典・メリットなどが記載してあり迷ってしまいます。特に初めて育毛剤を使用する人は、頭のなかで情報が交錯してしまい、一体どれがいいのか分からなくなり混乱してしまうのではないでしょうか。そこで口コミなどで人気の高い3つの育毛剤を紹介しましょう。1位はチャップアップです。これは頭皮のケアを行ってくれる多くの成分が32種類も配合されています。更に老若男女が使える育毛剤とも言える物です。チャップアップの口コミでは「頭皮の感想からくる痒みがなくなり、頭皮に健康が戻ってきた感じ」、「無香料なので良い」、「水のような感じで扱いやすく、脱毛につながってしまうふけやかゆみの悩みが改善されてきた」、「チャップアップ […]

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah

PRU 13 pada perspektif Halimzaki

Salam,

Angin perubahan ada di mana-mana bermula dari Utara Sabah hingga selatan Johor. Ledakan maklumat membuatkan rakyat bertambah bijak untuk menilai dan memilih. Penilaian dan pemilihan dibuat berdasarkan maklumat yang tersebar luas di internet. Rakyat bebas menilai mana yang baik dan mana yang tidak sepatutnya dijadikan pemimpin untuk masa hadapan berdasarkan rekod semasa dan perancangan masa hadapan yang lebih memberi keuntungan kepada rakyat berbanding kroni.

Media arus perdana masih berada di takuk lama dan kasihan kepada ayah ibu dan pak cik mak cik yang masih bergantung harap dengan media ini kerana mereka sering dihidangkan dengan maklumat yang tidak membenarkan mereka membuat penilaian yang adil.  Mereka akan tetap dengan pendirian lama dengan memperjuangkan kononnya keamanan sedangkan perubahan yang sepatutnya mereka teroka bersama anak muda hari ini tidak mereka terokai dan lebih sedih lagi mereka sangat takuti perubahan ini hasil momokan demi momokan yang mereka terima hari demi hari.

Dalam situasi yang membenarkan anak muda bertindak lebih agresif dengan maklumat yang lebih telus,golongan yang lebih berusia perlu dibantu untuk mencapai maklumat ini dengan risalah dan  penerangan yang lebih bersifat meningkatkan kesedaran tentang perubahan yang diperlukan untuk membentuk Malaysia yang lebih berkebajikan.  Sedarkan mereka dengan maklumat yang tidak pernah disampaikan melalui media arus perdana supaya perubahan Malaysia tidak menjadi kejutan kepada mereka. Mereka perlu dipimpin bersama menongkah arus perubahan politik yang lebih matang berdasarkan fakta bukannya fitnah dan salahguna kuasa.

Berbagai isu perlu dinilai rakyat tetapi pada saat parlimen dibubar kita perlu menilai pihak yang ikhlas ingin membantu rakyat dari segenap segi terutamanya agama,ekonomi,kebajikan dan sebagainya. Pihak yang pernah kita kenal berjanji manis sebelum pilihanraya sebaliknya meninndas rakyat selepas pilihanraya tidak  sepatutnya diberi peluang untuk sekali lagi bertindak sedemikian. Kita sebagai rakyat mengharapkan harta negara yang dituai dapat dirasa bersama tak kira dalam bentuk apa sekalipun samada pembangunan yang bebas rasuah,pendidikan percuma sedari kecil hingga menara gading,harga kereta yang murah dan bukan perlindungan kepada syarikat kebanggaan negara tetapi pada masa yang sama menindas rakyat marhaen,media perdana yang bebas dan bukan berat sebelah semata-mata dan berbagai lagi isu semasa yang jika dihitung maka kita akan membuat keputusan yang memihak kepada pembentukan Malaysia baru yang lebih efisen.

Apapun pilihan dan pertimbangan kita,dua perkara yang penting untuk diambil kira dalam memilih kepimpinan akan datang. Pertama,adakah pihak yang kita pilih membuat dasar yang selari dengan Quran dan Sunnah. Sekiranya tidak,maka sewajibnya kita mencari pihak yang dasarnya selari dengan Al Quran dan Sunnah. Tak perlu pergi jauh,cukup dengan kita membuka buku dasar parti yang kita rasa nak sokong. Adakah tercatat perjuangan berasaskan Bangsa semata-mata atau Islam dasar yang diperjuangkan dulu dan selamanya. Kedua,adakah pihak itu istiqamah dalam memperjuangkan Islam dan Undang2 Islam? Sekiranya Islam yang diperjuangkan bermusim dan berkisar pada tempat-tempat tertentu sahaja maka ada sesuatu yang tidak kena dalam perjuangan mereka. Islam hanya diguna untuk mereka mengambil hati penganut yang setia.

Akhir kalam,kali ini merupakan kali ke-3 saya mengundi dan besar harapan saya untuk melihat perubahan besar pada pilihanraya kali ini. Tidak ingin lagi melihat rasuah berleluasa dan harta negara diagihkan pada segelintir ahli keluarga yang memerintah sahaja. Sudah tiba masanya Malaysia ditadbir oleh mereka yang berjiwa rakyat dan bukan keturunan orang kaya yang tidak pernah mengerti keperitan rakyat marhaen. Ini kalilah…

 

Sejarah 17 Ramadhan, Perang Badar dan Nuzul Quran.

Salam,

Sahabat sahabiah sekalian,sekian lama saya tidak menulis. Terdetik untuk saya berkongsi isi kuliah subuh yang sangat menarik pada pagi yang mulia ini. Pagi 17 Ramadhan. Kita maklum 17 Ramadhan adalah Nuzul Quran tapi sebenarnya kita juga perlu tahu bahawa perang pertama dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar juga berlaku pada PAGI INI, PAGI 17 RAMADHAN.  Bersama2lah kita hayati nota yang sempat saya catatkan dgn Blackberry kesayangan sebentar tadi. Segala kesalahan maklumat dan fakta moga dapat ditegur oleh sahabat dan sahabiah mahupun sesiapa saja yang membaca posting ini. Sekadar berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama.

Kuliah Subuh-06082012
Ustaz Misbah
Tafsir Surah Al Anfal (Ms 177)

Pagi 17 Ramadhan adalah hari berlakunya Perang Badar. Hari yang membezakan antara yg Haq dan Batil. Nabi Muhammad SAW berdoa dengan mengangkat tinggi tangan baginda tanda bersungguh2nya baginda utk Allah kurniakan kemenangan kepada tentera Islam yang hanya seramai 313 orang.

Awalnya Nabi Muhammad SAW menghantar perisik utk menjejaki rombongan Abu Sufyan dgn harta2 mereka utk menyekat dan merampas harta mereka. Tapi Abu Sufyan dapat mengesan perisik itu krn najis unta yg ditinggalkan perisik itu mengandungi sisa kurma. Ini kerana hanya unta Madinah yg makan kurma mengikut pengetahuan Abu Sufyan. Bila merasakan ada ancaman dari kaum Madinah untuk kabilahnya lalu dia menghantar utusan utk minta bantuan dari Abu Jahal yang berada di Mekah. Mengetahui perkara tersebut,Abu Jahal menghantar 1300 orang bala tentera untuk membantu Abu Sufyan dan kabilahnya. Kemudian bila Abu Sufyan merasakan mereka telah selamat,sekali lagi dia hantar utusan supaya bantuan dibatalkan tetapi budaya orang Arab,mereka tidak akan menanggalkan baju besi bila sudah disarung melainkan dengan perang. Maka dari situlah Abu Jahal dan bala tenteranya menyasarkan utk memusnahkan tentera muhajirin dan ansar seramai 313 orang yang dikatakan hendak menyekat kabilah Abu Sufyan.

Dari sinilah timbul keraguan sahabat samada nak melawan atau tidak bala tentera Abu Jahal itu. Ini kerana awalnya mereka hendak menyerang tetapi sekarang mereka akan diserang. Matlamat awalnya utk menyekat dan merampas harta kabilah Abu Sufyan tetapi kini matlamat mereka lebih jelas iaitu untuk mempertahankan Islam dari dimusnahkan oleh Abu jahal dan bala tenteranya. Maka,Abu Bakar,Omar,Miqdad Al Aswad dan sahabat2 serta 90 kaum Ansar memberi sokongan kpd Nabi Muhammad dgn menegaskan mereka tidak akan berkelakuan sebagaimana umat Nabi Musa yang hanya tunggu dan lihat bila Nabi Musa mengajak mereka memerangi Firaun pada ketika itu. Saad Bin Waqas,antara kaum Ansar yg berpengaruh dikalangan lebih 200 orang Ansar memberi sokongan dan tidak akan meninggalkan Nabi Muhammad SAW untuk memerangi bala tentera Abu Jahal. Keseluruhan tentera Islam seramai 313 orang dgn 2 ekor kuda sahaja dan salah satunya milik Miqdad Al Aswad. Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak berkuda dalam peperangan ini.

Namun mereka diberi kemenangan walaupun dengan segala kekurangan dan ditambah lagi mereka berpuasa. Semuanya kerana niat mereka fisabilillah.

Antara pengajaran dari peristiwa ini:

1) Kita kena yakin bahawa jihad adalah satu kefardhuan yg tidak pernah padam. Masih ada negara2 islam yg ditindas.

2) Para sahabat diberi keyakinan oleh Allah utk menewaskan tentera Abu Jahal walaupun dengan tentera yang sedikit bilangannya berbanding tentera Abu Jahal.

 

Halimzaki

Ibu Bapa Bukan Liabiliti

Tulisan ini sangat menyentuh hati saya sebagai anak. Bersalah kiranya saya tidak berkongsi tulisan ini.

Halimzaki- Bacalah demi kebaikan kita bersama.

Ingatan kita bersama (Peringatan bagi yang lupa)“Ibu Bapa Bukan Liabiliti”

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya kira cukup istimewa dan patut kita renungkan bersama. Tika saya menyemak email di kotak email di rumah, tiba-tiba perhatian saya tertarik pada satu email bertajuk “Ibu Bapa Bukan Liabiliti”…

Lalu saya membuka dan membacanya…

Email tersebut sungguh bermanfaat kandungannya, oleh itu, untuk kebaikan dan manfaat kita bersama saya siarkan semula isi kandungan email tersebut untuk kita berkongsi bersama.

Terima kasih kepada penulis asal saudara Pahrol Mohd Juoi di atas tulisannya berjudul

‘Nota Hati Seorang Lelaki’ ( Pahrol Mohd Juoi )  Beginilah kisah benarnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah.

Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.

Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah.

Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.

Mujurlah, isteridan anak-anak saya sudah faham.

Alhamdulilah mereka ‘sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak adaduit,”

Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?” Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang RM 5 ringgit….

Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya.

Tetapi yang mengejutkan  ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit.

Gelihati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun.Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah.

Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan.Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung.

Kedudukan ekonomi sayayang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.

Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum  apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi   sasaran.Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang.

Ayah akan sentiasa memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri.

Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.

Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara.

Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya.Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh  saya.Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya.

Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.

Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.

Namun sibuk sekalipun  saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,

tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH.

Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya?

Ya, mari kongsi bersama :

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.

Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu  sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).

Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.”

“Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.”

DOA MEREKA MUSTAJAB.

Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam  mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibubapa?

MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.

Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja.

Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Baca hayati, selami dan insafi…… Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab…Bahagia dunia akhirat…

Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa. Amin..

Dipetik dari inbox Halimzaki

Halimzaki

Posted with WordPress for BlackBerry.

TULISLAH SESUATU DEMI BAHASA DAN AGAMA

Salam,

Kepada kawan2 yang terkadang terbaca tulisan saya,suka untuk saya menyatakan apa yang bermain dibenak fikiran saya. “TULISLAH SESUATU DEMI BAHASA DAN AGAMA”. Ya,menulislah demi mengembangkan bahasa dan menyampaikan maksud agama. Setiap dari kita mempunyai idea dan pengalaman yang pastinya rugi sekiranya tidak dikongsi bersama. Cuba bayangkan sekiranya Al-Quran tidak dibukukan,nescaya setiap dari kita MESTI menghafal setiap patah kata,tetapi dengan mushaf yang ada…tidak kira apa agama atau bangsa,semua mampu membaca dan meneliti isi dan ajarannya. Bayangkan pula kalau setiap hadis Nabi SAW tidak direkod ataupun ditulis perawinya,nescaya terkapai kita dalam mencari sunnah nabi kita.

Ayuh rakan ayuh taulan,menulislah kerana “ORANG YANG MENULIS ADALAH ORANG YANG MEMBACA TETAPI ORANG YANG MEMBACA BELUM PASTI MENULIS JUGA”. Jangan ditakuti tulisan tiada bermakna kerana setiap patah kata akan ada yang membaca dan mempelajarinya. Terpulang pada yang membaca untuk menerima atau menolak segala,fikiran yang waras dari Allah tersedia untuk mereka menerima atau sebaliknya.

Saya cuba untuk mencipta sebuah sajak untuk semua. Doakan semoga memberi makna kepada setiap yang membaca. Tidak banyak sikit pun tak apa,asal bahasa dan agama berkembang sentiasa. Nantikan kemunculan sajak saya,bereksperimentasi dengan bahasa melalui  nasihat isteri sememangnya guru bahasa.

Halimzaki

Ada baca cerita Hilful Fudhul

Tulisan ini sangat menarik sekali untuk dibaca,ia ditulis dengan lenggok bahasa orang muda dengan hujah yang cukup bernas dari orang muda. Inilah contoh orang muda yang diperlukan bangsa..tulisannya selesa dibaca dan mudah bahasanya. 

fathifawwaz
Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama”.Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.

Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.

Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai.

Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?

Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:

شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ

Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.

Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.

Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.

Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.

Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.

Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.

Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.

Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional.

Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.

Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???

Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?

Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.

Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?

Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?

MASALAH SERATUS PERATUS

Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”.

Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”.

Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.

Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.

Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.

Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?

Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.

Contoh 1:

Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?

Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.

Contoh 2:

Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.

Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.

Contoh 3:

Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.

Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.

Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda.

Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:

“Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”.

Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…

“Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali.  Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”.

Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.

 AKHIRNYA…

Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.

Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:

قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ “إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا”.

Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.

Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”.

Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.

Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….

Do or Die,

You’ll never make me,

Because the world will never take my heart,

Go and try,

You’ll never break me,

We want it All,

We want to play this part,

I won’t explain, or say I’m sorry,

I’m unashamed, I’m gonna show my scars

Give a cheer for all the broken,

Listen here, because it’s who we are.

I’m just a man, I’m not a hero,

Just a boy, whose meant to sing this song.

I DON’T CARE!!!!

Dipetik dari Harakahdaily, Tulisan Fahifawwaz.

Sajak yang dianggap senjata

APA DIA NEGARA KEBAJIKAN

Izinkan saya berkongsi tulisan yang WAJIB dibaca oleh seluruh warga. Bukan tujuan utama untuk copy dan paste artikel ini tapi maklumat ini perlu disebarluaskan demi memberi faham kepada warga yang tertanya-tanya “APA DIA NEGARA KEBAJIKAN?” yang diutarakan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) baru-baru ini. Bukan dimaksudkan ini suara PAS tersebut tetapi,inilah antara model Negara Kebajikan tersebut. Sekiranya ada pakar-pakar ekonomi yang tidak setuju dengan model ini,ia terpulang kepada mereka kerana mereka lebih suka untuk menggunakan kepakaran dalam MEMBANGUN NEGARA kata mereka tapi sebenarnya MENGKAYAKAN KRONI yang dah sedia kaya. Baca dan faham apa yang ditulis di bawah.

RABU, 29 JUN 2011

BERSIHKAN KOTOR

KABAJIKAN UNTUK SEMUA

Saya meneruskan tulisan minggu ini dalam usaha saya untuk menerangkan kosep dan falsafah Negara Kebajikan. Saya berharap tulisan ini dapat memberi sadikit pencerahan kepada pembaca yang budiman tentang ekonomi dan politik Negara Kebajikan

Saban hari kita semua ada membaca, ada mendengar dan mungkin melihat di kaca Tv bagaimana parti-parti politik bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia cuba mengajukan dasar ekonomi kepada warga. Justeru perjuangan politik adalah pejuangan untuk merebut peluang ekonomi. Perjuangan politik ialah perjuangan agihan punca-puca ekonomi. Khalas.

Ada dua sistem ekonomi telah diwujudkan dalam dunia ini – sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Dua bentuk sistem ekonomi ini bertentangan antara satu sama lain. Akidah sistem ekonomi kapitalis ialah: keuntungan maksima sebagai pemandu. Manakala akidah sistem ekonomi sosialis ialah : kebajikan ramai menjadi kemudi.

Sistem ekonomi inilah yang melahirkan budaya, yang melahirkan nilai dan mewujudkan lembaga-lembaga daulah. Di hadapan mata kita sekarang – yang berlaku disekeliling kita, budaya kehidupan dalam negara kita ini – semuanya diwujudkan dari sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi adalah injin ketamadunan negara bangsa. Di zaman Firaun – sistem ekonomi feudal telah memaksa warga Mesir untuk menjadi hamba abdi mendirikan Pyramid. Di Tanah Melayu sistem feudal telah membenarkan Raja memungut cukai atau mengambil anak dara yang cun untuk dijadikan gundek.

Sistem ekonomi kapitalislah yang melahirkan budaya konsumer yang kita lihat di Amerika, di negara Arab, di Eropah, di Jepun dan diikuti di Kuala Lumpur. Tidak ada budaya bangsa atau sosok individu yang akan terlepas bebas dari hegemoni sistem ekonomi. Sistem ekonomi merangkumi semua sudut cabang kehidupan manusia moden.

Di Malaysia kita tidak ada peluang memahami agar dapat menilai apakah dia sistem ekonomi sosialis yang dikatakan ada potensi untuk melahirkan Negara Kebajikan. Kekurangan pemahaman kita terhadap sistem elternatif kepada sistem kapitalis ini memiliki sebab-sebab sejarah. Di zaman Perang Dingin, kuasa Anglo-Amerika terutama Amerika Syarikat negara imperial yang unggul telah menaburkan propaganda untuk memburuk dan menakut-nakutkan rakyat dunia tentang sistem ekonomi sosialis.

Propaganda buah catur mereka licik dan menarik. Propaganda berjalan secara tersusun dan dirancang. Untuk umat Islam telah dikatakan bahawa sistem ekonomi sosialis ini ‘tidak bertuhan’. Kepada kaum tani, pesawah dan peladang dihujahkan jika mereka menyokong kelahiran ekonomi sosialis maka satu ketika nanti bukan sahaja mereka kehilangan tanah ladang malah bajak, kerbau dan isteri mereka juga wajib di kongsi.

Untuk pekedai kecil atau tuan tanah yang memiliki saekar dua kebun getah – mereka ditakut-takutkan dengan kehilangan mata pencarian. Tanah sekangkang kera atau kedai runcit mereka akan dimilik negarakan jika ekonomi sosialis ingin diwujudkan.

Kepada kaum buruh pula mereka ditakut-takutkan yang mereka akan hilang pekerjaan dan hanya akan menjadi ‘kuli batak’. Tenaga kerja mereka akan hilang dan hanya memburuh uintuk memboncitkan perut para birokrat daulah yang tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

Propaganda , fitnah dan pembohongan ini dijalan dengan perancangan media yang tersusun. Dengan wujudnya jaringan pendakwah kapitalis yang diberi upah lumayan. Dengan para kang kong di universiti yang terus besedia untuk menerima upah bersuara. Maka propaganda anti-Negara Kabajikan ini meluas dan melebar.

Dalam negara kita ini – sebut sahaja satu sistem alternatif kepada sistem yang ada sekarang ianya akan menjemput pelbagai tuduhan dan momokan. Warga akan ditakut-takutkan, warga akan diancam dengan pelbagai ancaman jika warga berani memikirkan tentang satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Kebajikan.

Sistem ekonomi kapitalis yang sedia wujud hari ini telah dan sedang sama-sama kita rasai. Kita juka melihat bagaimana hegemoni sistem kapitalis ini bergerak dan memperngaruhi seluruh kehidupan kita. Pembohongan demi pembohongan telah diwujudkan untuk mengkaburi mata kita. Kita dilalaikan dengan pelbagai bentuk budaya konsumer – dari kasut Prada hingga ke program Imam Muda. Semua dilahirkan agar kita semua akan tunduk menyembah sistem ekonomi kapitalis ini.

Bagaimana agaknya sistem alternatif kepada sistem kapitalis ini?

Awal wahid – sistem yang akan melahirkan Negara Kebajikan ini adalah sistem ekonomi dimana semua punca-punca pengeluaran akan dimilik negarakan. Punca-penca pengeluaran ini bukan tanah Felda sepuluh ekar, bukan kedai runcit Ah Lek di Bongek. Bukan tanah sawah Lebai Kassim di Kuala Kedah. Bukan sangkar ikan patin Ripin Ali di Temerloh. Juga bukan teksi Maniam dari Cheras.

Kalau semua ini bukan jadi apa dia punca punca pengeluaran ekonomi ?

Apa yang dimaksudkan punca-punca pengeluaran ini adalah aktiviti ekonomi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara kita. Tulang belakang ekonomi membawa maksud apa sahaja aktiviti ekonomi yang asas mata pencarian majoriti penduduk negara ini. Mata pencarian dimana majoriti warga bergantung. Punca-punca pengeluaran yang dianggap tulang belakang ekonomi ini akan melahirkan aktiviti ekonomi yang mempengaruhi kepentingan majoriti dan keseluruhan negara.

Untuk memahami dengan jelas biar saya beri contoh apakah dia punca-punca ekonomi yang mempengaruhi kehidupan majoriti warga negara ini. Contoh terbaik ialah kuasa tenaga api leterik, jalan raya, jalan udara, hospital, sistem pengangkutan, telaga minyak dan lombong gas, bank dan lembaga kewangan, lombong galian, hutan dara, danau dan paya. Semua ini adalah punca-punca ekonomi.

Untuk melahirkan sebuah Negara Kebajikan semua punca-punca pengeluaran ini wajib dimilik negarakan. Lalu timbul persoalan – bukankah ini harta persendirian?

Memang betul dan tepat ladang sawit Lebai Sudin 10 ekar di Senaling adalah contoh harta persendirian. Lebai Sudin mengerjakan tanah sawit ini anak beranak. Tetapi Ladang Sawit Hock Leng 30 ribu hektar di Kuala Selangor mustahil di kerjakan oleh Hock Leng dan kaum keluarganya. Ladang ini ditakrif sebagai aktiviti ekonomi punca pengeluaran kerana beratus-ratus pekerja ladang dan keluarga mereka bergantung hidup dengan ladang ini.

Dalam Negara Kebajikan amat jelas tujuan asasnya ialah menobatkan dan merajakan kebajikan ramai bukan kebajikan individu. Dalam Negara Kebajikan yang ditentang bukannya harta persendirian tetapi yang akan dilawan ialah hidup diatas titik peloh dan tenaga kerja orang lain.

Justeru, jika Hock Leng anak beranak boleh menebas menebang dan menanam sawit ditanah seluas 30 ribu hektar tanpa menggunakan tenaga kerja orang lain maka ahlan wasahlan – silakan buka tanah sebanyak itu. Itu adalah hak persendirian.

Bagitu juga dengan kilang-kilang dan pabrik-pabrik. Dalam Negara Kebajikan kilang didirikan untuk mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh orang ramai. Sebuah kilang memilik ratusan pekerja. Bukan sahaja kaum buru yang bergantung hidup dengan kilang ini malah negara juga bergantung pendapatan melalui barangan yang dikeluarkan dari kilang ini. Justeru kilang-kilang yang besar dan stratejik seperti kilang, gula, beras, minyak dan gandum wajib di milik negarakan.

Paling wajib untuk dimilik negarakan ialah bahan-bahan asas punca-punca ekonomi dimana semua warga bergantung hidup dengannya. Contoh terbaik ialah punca air dan punca tenaga leterik. Air dan api ini tidak boleh dimiliki oleh individu atau syarikat individu. Ianya wajib dimilik negarakan untuk kebajikan dan kepentingan orang ramai.

Lalu timbul persoalan – apa sebenarnya makna memilik negarakan?

Disini saya akan cuba terangkan sejelas mungkin. Mari kita kembali melihat akidah sistem ekonomi kapitalis yang berpandukan keuntungan maksima. Kita lihat contohnya di ladang Hock Leng di Kuala Selangor. Saban tahun ladang ini akan membuat untung. Wajib kita semua sedar bahawa keuntungan ini wujud hasil dari tenaga pekerja ladang ini. Dalam sistem ekonomi kapitalis keuntungan ini akan masuk ke dalam akoun bank Hong Leng anak beranak.

Bagitu juga dalam kes jual beli beras dan gula yang dimonopoli oleh Syed Mukhatar. Jual beli ini pasti membawa keuntungan besar. Keuntungan ini pasti dimasukkan ke dalam bank akoun Tuan Haji Syed Mukhtar.

Jelas , kebajikan Hock Leng dan Syed Mokhtar anak beranak akan dijaga dengan baik. Persekolahan, tempat tinggal, makan minum – semuanya ‘the best money can buy’. Tetapi yang melahirkan kekayaan ini adalah tenaga dan titik peloh kaum buruh dan kaum pekerja yang kebajikannya compang camping.

Kaum buruh dan peladang ini tinggal dikawasan perumahan yang sempit, sesak dan padat. Anak anak buruh dan peladang ini tinggal dalam iklim budaya yang kasar dan lucah. Budaya kasar dan lucah ini akhirnya hanya akan berjaya melahirkan jenerasi baru tenaga buruh murah untuk Syed Mokhtar dan Hock Leng.

Inilah lingkaran syaitan yang hanya dapat dimusnahkan dalam Negara Kebajikan. Lingkaran syaitan hari ini jelas menunjukkan kaum pemodal, tuan empunya kilang dan syarikat mendapat kebajikan yang terbaik. Manakala yang memburuh melahirkan harta kekayaan itu hidup menjadi kuli batak.

Di dalam sistem ekonomi Negara Kebajikan pernigaan jual beli berjalan sperti biasa. Harta-harta yang dimilik negarakan seperti , kilang, ladang yang menajdi punca ekonomi ini akan diuruskan sama seperti hari ini. Keuntungan hasil dari jualan sawit, jualan minyak, jualan leterik, beras, gula – tidak masuk ke dalam akoun Syed Mokhtar atau Hock Leng tetapi masuk ke dalam dana persatuan pekerja kilang atau persatuan ladang sawit itu. .

Duit ini adalah hasil dari titik peluh kaum pekerja. Duit ini digunakan untuk kebajikan mereka sendiri bukan untuk Syed Mokhtar menunjuk-nunjuk bahawa dia alim dan boleh menderma untuk buat masjid. Wal hal, duit yang didermakan oleh Syed Mokhtar asalnya ialah duit untung dari tenaga keja kaum buruh dan ladang.

Memilik negarakan ini maknanya dikembalikan harta kekayaan dan punca punca ekonomi itu kepada daulah. Daulah itu ialah kita. Kita ialah oranag ramai. Justeru harta persendirin atau harta kaum pemodal itu kita pulang kepada diri kita sendiri. Keuntungan dari usus niaga dan dari tenaga anak semua bangsa dalam negara ini bukan untuk individu tetapi untuk kebajikan ramai. Kebaikan ramai adalah akidah Negara Kebajikan.(TT)

Dipetik dari tulisan Hishamuddin Rais-Tukartiub.blogspot.com

Halimzaki