Salam,
Kepada kawan2 yang terkadang terbaca tulisan saya,suka untuk saya menyatakan apa yang bermain dibenak fikiran saya. “TULISLAH SESUATU DEMI BAHASA DAN AGAMA”. Ya,menulislah demi mengembangkan bahasa dan menyampaikan maksud agama. Setiap dari kita mempunyai idea dan pengalaman yang pastinya rugi sekiranya tidak dikongsi bersama. Cuba bayangkan sekiranya Al-Quran tidak dibukukan,nescaya setiap dari kita MESTI menghafal setiap patah kata,tetapi dengan mushaf yang ada…tidak kira apa agama atau bangsa,semua mampu membaca dan meneliti isi dan ajarannya. Bayangkan pula kalau setiap hadis Nabi SAW tidak direkod ataupun ditulis perawinya,nescaya terkapai kita dalam mencari sunnah nabi kita.
Ayuh rakan ayuh taulan,menulislah kerana “ORANG YANG MENULIS ADALAH ORANG YANG MEMBACA TETAPI ORANG YANG MEMBACA BELUM PASTI MENULIS JUGA”. Jangan ditakuti tulisan tiada bermakna kerana setiap patah kata akan ada yang membaca dan mempelajarinya. Terpulang pada yang membaca untuk menerima atau menolak segala,fikiran yang waras dari Allah tersedia untuk mereka menerima atau sebaliknya.
Saya cuba untuk mencipta sebuah sajak untuk semua. Doakan semoga memberi makna kepada setiap yang membaca. Tidak banyak sikit pun tak apa,asal bahasa dan agama berkembang sentiasa. Nantikan kemunculan sajak saya,bereksperimentasi dengan bahasa melalui nasihat isteri sememangnya guru bahasa.
Halimzaki
Filed under: Islam, Macam-macam, Umum Tagged: | bahasa, bahasa melayu

WORLD CUP