• Halimzaki on twitter

    • Sedekah paling baik ialah waktu sihat & sygkan harta. Bila sakit,hanya 1/3 boleh disedekahkan krn selebihnya untuk waris.halimzaki 2 weeks ago
    • Lama x tweet. Tweet pertama setelah masuk 3 series. Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.halimzaki 2 weeks ago
    • Good Moorning.. Selamat bercuti rakyat Malaysia. Drive safely.halimzaki 1 month ago
    • Good Morning Prudential..!!!!halimzaki 1 month ago
    • RT @pepatah: Jangan takut melepaskan sesuatu yg terus menyakiti. Kamu tak pernah tahu hal baik apa yg telah Tuhan siapkan tuk mengganti ...halimzaki 1 month ago
    • Lebih 5000 orang Prudential Wealth Planner berkampung di Genting Highland hari ini dan esok. Great start for 2012.halimzaki 1 month ago
    • Halimzaki in da office.! Sabtu ke...Ahad ke..business tetap runnn.. Cuma aku bercita2 utk berehat pd Jumaat demi mengagungkan PENGHULU HARI.halimzaki 1 month ago
  • TAKWIM MASIHI

    June 2011
    S M T W T F S
    « May   Jul »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • NASIHAT UNTUK MUFTI PERAK - "JANGAN AMBIL BERITA DARI TEPI JALAN." February 23, 2012
      30 Rabi'ul Awal 1433 H | 23 February 2012 PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak Dato Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan. Sebagai se […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TIDAK PERNAH KHIANATI PERJUANGAN RAKYAT PALESTINE February 23, 2012
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP TIDAK IKTIRAF NEGARA HARAM ISRAEL February 22, 2012
      29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu. Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui kepu […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • Hanya muslim jahat yang tolak Hudud November 26, 2011
      Kadangkala timbul persoalan terutama kepada yang mengaku beragama Islam, kenapakah sukar untuk mengakui, redha, menggunapakai serta menjadi duta Islam menerangkan keindahan hukum Islam kepada masyarakat keseluruhannya? Kebiasaannya mereka yang menentang hukum Islam yang dilihat agak tegas tetapi penuh keindahan ini, samada jahil , atau kerana mereka sendiri […]
    • Kematian sesuatu yang pasti … November 18, 2011
      MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat […]
    • How To Get Promoted : 9 Obvious And Often Not Practiced Tips November 3, 2011
  • RSS FAISAL TEHRANI

    • Karya Terkini Faisal Tehrani di Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 April 12, 2011
      Novel terjemahan, 1515,terbitan Institut Terjemahan Negara (ITNM).Sebuah novel oksidentalisme.Kumpulan drama terbitan Ameen Serve. Dedikasi saya untuk setiap makhluk yang tertindas di muka bumi Tuhan. Novel terkini terbitan PTS Litera Utama.Sebuah novel sejarah yang membuatkan anda bangga menjadiseorang Melayu-Islam.Kumpulan cerpen terkini terbitan Ameen Ser […]
    • Dialog Atau Tangkap? Deklarasi Islamabad April 8, 2011
      Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) wajar melihat kenapakah fatwa yang ada bercanggah dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa. Berikut adalah laporan OIC yang dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, diwartakan pada 26 Jun 2007 dalam bahasa asalnya, Inggeris. Semua negara OIC menandatangani resolusi ini termasuk Mal […]
    • Ingin Jadi Ayatullah? April 5, 2011
      Setelah belajar semua cabang agama Islam meliputi semua mazhab, hampir sepuluh tahun lamanya; barulah mereka layak mengenakan serban sebagai seorang ulama. Majlis konvokesyen ini berlangsung beberapa tahun lalu di kota Qom, Iran. Ya, waktu itu Ayatullah Behjat masih hidupSeseorang yang ingin dikenali sebagai 'Tabula Rasa' mengirimi saya emel yang s […]
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • ruu perhimpunan aman – demokrasi melayu terpinggir November 25, 2011
      Salam Palestin, Kerajaan BN yang hari ini boleh dikira sebagai kerajaan UMNO sahaja, sedang berusaha meluluskan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang dianggap oleh pihak pemerintah sebagai satu perubahan dan pembaikan dalam sistem demokrasi negara sebagaimana yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini menjelang pilihan raya umum akan datang.  Ia bertujuan me […]
    • taman dalam diri November 5, 2011
      Salam Palestin, Seorang muslim adalah pemilik sebuah taman yang indah. Dia menikmati kehidupan di dunia ini walaupun di hadapannya adalah cubaan dan ujian hidup yang penuh rencam dan ragam. Dia menikmati kehidupan kerana dia sedang berada di sebuah taman indah yang penuh tenang dan harmoni. Taman itu adalah taman iman. Ia terbina tanpa sedar di [...]
    • sekitar dr asri October 31, 2011
      Salam Palestin, Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang dari […]
  • RSS Episode Perjuangan

  • RSS Ust Idris Ahmad

    • DEB GAGAL, POLITIK DENDAM DAN DISKRIMINASI February 24, 2012
      Kegagalan Dasar Ekonomi Baru  berpunca daripada sikap dendam dan diskriminasi pemimpin Umno terhadap sesama bangsa. Walaupun dasar ini telah tamat pada tahun 1990, yakni hampir 22 tahun. Namun objektif DEB untuk membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai … Continue reading →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • Dimana Suara Mahasiswa/wi Dalam Pakatan Rakyat..? January 21, 2012
      Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...Hari ni boleh dikatakan hampir semua rakyat Negara 1Malaysia kenal dan tahu siapa itu Adam Adli. Nama anak muda ini naik mendadak selepas dia dengan secara spontan menurunkan Bendera dengan Gambar Perd […]
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Hadiah Wakaf Pondok untuk mereka yang kita sayang
      Assalamulaikum,Kepada individu, persatuan, khususnya PIBG yang hendak menggalakkan ahli dan orang ramai mendirikan Wakaf Pondok Bacaan yang boleh diberi nama dan dihadiahkan atas nama mereka yang kita sayangi yang telah meninggal dunia atau sebagai sumbangan bolehlah menggunakan contoh di bawah ini. Harga anggaran wakaf sebanyak RM8,000.00 ini ialah untuk ko […]
    • Pelarian Islam di Malaysia, siapa yang bantu mereka ni?
      Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar yang berdaftar dengan PBB di Malaysia. Disebabkan status mereka ini sebagai pelarian tanpa negara mereka tidak boleh bekerja secara sah di Malaysia, tidak boleh belajar di sekolah Kementerian Pelajaran, tidak boleh menerima zakat dari Majlis Agama Islam di Malaysia (sila betulk […]
    • Kuliah Ustaz Ruslan 25 Feb 2012 di Senawang
      KULIAH AGAMAOleh Ustaz Ruslan Abd RazakTarikh : 25 Feb 2012 , SabtuMasa : 7:45 malam (selepas solat Maghrib)Tempat : Surau Taman Alamanda, SenawangMuslimin dan muslimat semua dijemput hadir
  • RSS SEMBANG KOMPUTER

    • Membina aplikasi Rails anda yang pertama January 16, 2012
      Pada artikel yang lepas saya telah menerangkan langkah-langkah untuk memasang persekitaran Rails pada komputer anda. Kali ini, kita akan membina aplikasi Rails yang pertama dan berkenalan dengan penggunaan RVM, Git, dan Heroku. Pasang Ruby Pertama sekali, kita perlu memasang komponen … Continue reading →
    • Cara-cara mengemaskini WordPress secara manual January 13, 2012
      Jika fungsi Automatic Update pada WordPress anda tidak berfungsi, biasanya ia terjadi kerana anda tidak menggunakan PHP5. Tetapan ini boleh ditukar dengan mudah pada fail .htaccess. Namun jika ia masih tidak berjaya, anda juga boleh mengemaskini WordPress anda secara manual.  … Continue reading →
    • Fungsi kemaskini WordPress secara automatik tidak berfungsi? January 13, 2012
      Sehingga kini saya masih lagi mengemaskini fail WordPress secara manual. Ini kerana setiap kali saya menekan butang Automatic Update, ia hanya akan cuba memuat-turun fail zip yang diperlukan, namun tiada apa pun yang berlaku selepas itu. Rupa-rupanya masalah ini berpunca … Continue reading →
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS ANWAR IBRAHIM

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

APA DIA NEGARA KABAJIKAN

Izinkan saya berkongsi tulisan yang WAJIB dibaca oleh seluruh warga. Bukan tujuan utama untuk copy dan paste artikel ini tapi maklumat ini perlu disebarluaskan demi memberi faham kepada warga yang tertanya-tanya “APA DIA NEGARA KEBAJIKAN?” yang diutarakan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) baru-baru ini. Bukan dimaksudkan ini suara PAS tersebut tetapi,inilah antara model Negara Kebajikan tersebut. Sekiranya ada pakar-pakar ekonomi yang tidak setuju dengan model ini,ia terpulang kepada mereka kerana mereka lebih suka untuk menggunakan kepakaran dalam MEMBANGUN NEGARA kata mereka tapi sebenarnya MENGKAYAKAN KRONI yang dah sedia kaya. Baca dan faham apa yang ditulis di bawah.

RABU, 29 JUN 2011

BERSIHKAN KOTOR

KABAJIKAN UNTUK SEMUA

Saya meneruskan tulisan minggu ini dalam usaha saya untuk menerangkan kosep dan falsafah Negara Kebajikan. Saya berharap tulisan ini dapat memberi sadikit pencerahan kepada pembaca yang budiman tentang ekonomi dan politik Negara Kebajikan

Saban hari kita semua ada membaca, ada mendengar dan mungkin melihat di kaca Tv bagaimana parti-parti politik bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia cuba mengajukan dasar ekonomi kepada warga. Justeru perjuangan politik adalah pejuangan untuk merebut peluang ekonomi. Perjuangan politik ialah perjuangan agihan punca-puca ekonomi. Khalas.

Ada dua sistem ekonomi telah diwujudkan dalam dunia ini – sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Dua bentuk sistem ekonomi ini bertentangan antara satu sama lain. Akidah sistem ekonomi kapitalis ialah: keuntungan maksima sebagai pemandu. Manakala akidah sistem ekonomi sosialis ialah : kebajikan ramai menjadi kemudi.

Sistem ekonomi inilah yang melahirkan budaya, yang melahirkan nilai dan mewujudkan lembaga-lembaga daulah. Di hadapan mata kita sekarang – yang berlaku disekeliling kita, budaya kehidupan dalam negara kita ini – semuanya diwujudkan dari sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi adalah injin ketamadunan negara bangsa. Di zaman Firaun – sistem ekonomi feudal telah memaksa warga Mesir untuk menjadi hamba abdi mendirikan Pyramid. Di Tanah Melayu sistem feudal telah membenarkan Raja memungut cukai atau mengambil anak dara yang cun untuk dijadikan gundek.

Sistem ekonomi kapitalislah yang melahirkan budaya konsumer yang kita lihat di Amerika, di negara Arab, di Eropah, di Jepun dan diikuti di Kuala Lumpur. Tidak ada budaya bangsa atau sosok individu yang akan terlepas bebas dari hegemoni sistem ekonomi. Sistem ekonomi merangkumi semua sudut cabang kehidupan manusia moden.

Di Malaysia kita tidak ada peluang memahami agar dapat menilai apakah dia sistem ekonomi sosialis yang dikatakan ada potensi untuk melahirkan Negara Kebajikan. Kekurangan pemahaman kita terhadap sistem elternatif kepada sistem kapitalis ini memiliki sebab-sebab sejarah. Di zaman Perang Dingin, kuasa Anglo-Amerika terutama Amerika Syarikat negara imperial yang unggul telah menaburkan propaganda untuk memburuk dan menakut-nakutkan rakyat dunia tentang sistem ekonomi sosialis.

Propaganda buah catur mereka licik dan menarik. Propaganda berjalan secara tersusun dan dirancang. Untuk umat Islam telah dikatakan bahawa sistem ekonomi sosialis ini ‘tidak bertuhan’. Kepada kaum tani, pesawah dan peladang dihujahkan jika mereka menyokong kelahiran ekonomi sosialis maka satu ketika nanti bukan sahaja mereka kehilangan tanah ladang malah bajak, kerbau dan isteri mereka juga wajib di kongsi.

Untuk pekedai kecil atau tuan tanah yang memiliki saekar dua kebun getah – mereka ditakut-takutkan dengan kehilangan mata pencarian. Tanah sekangkang kera atau kedai runcit mereka akan dimilik negarakan jika ekonomi sosialis ingin diwujudkan.

Kepada kaum buruh pula mereka ditakut-takutkan yang mereka akan hilang pekerjaan dan hanya akan menjadi ‘kuli batak’. Tenaga kerja mereka akan hilang dan hanya memburuh uintuk memboncitkan perut para birokrat daulah yang tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

Propaganda , fitnah dan pembohongan ini dijalan dengan perancangan media yang tersusun. Dengan wujudnya jaringan pendakwah kapitalis yang diberi upah lumayan. Dengan para kang kong di universiti yang terus besedia untuk menerima upah bersuara. Maka propaganda anti-Negara Kabajikan ini meluas dan melebar.

Dalam negara kita ini – sebut sahaja satu sistem alternatif kepada sistem yang ada sekarang ianya akan menjemput pelbagai tuduhan dan momokan. Warga akan ditakut-takutkan, warga akan diancam dengan pelbagai ancaman jika warga berani memikirkan tentang satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Kebajikan.

Sistem ekonomi kapitalis yang sedia wujud hari ini telah dan sedang sama-sama kita rasai. Kita juka melihat bagaimana hegemoni sistem kapitalis ini bergerak dan memperngaruhi seluruh kehidupan kita. Pembohongan demi pembohongan telah diwujudkan untuk mengkaburi mata kita. Kita dilalaikan dengan pelbagai bentuk budaya konsumer – dari kasut Prada hingga ke program Imam Muda. Semua dilahirkan agar kita semua akan tunduk menyembah sistem ekonomi kapitalis ini.

Bagaimana agaknya sistem alternatif kepada sistem kapitalis ini?

Awal wahid – sistem yang akan melahirkan Negara Kebajikan ini adalah sistem ekonomi dimana semua punca-punca pengeluaran akan dimilik negarakan. Punca-penca pengeluaran ini bukan tanah Felda sepuluh ekar, bukan kedai runcit Ah Lek di Bongek. Bukan tanah sawah Lebai Kassim di Kuala Kedah. Bukan sangkar ikan patin Ripin Ali di Temerloh. Juga bukan teksi Maniam dari Cheras.

Kalau semua ini bukan jadi apa dia punca punca pengeluaran ekonomi ?

Apa yang dimaksudkan punca-punca pengeluaran ini adalah aktiviti ekonomi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara kita. Tulang belakang ekonomi membawa maksud apa sahaja aktiviti ekonomi yang asas mata pencarian majoriti penduduk negara ini. Mata pencarian dimana majoriti warga bergantung. Punca-punca pengeluaran yang dianggap tulang belakang ekonomi ini akan melahirkan aktiviti ekonomi yang mempengaruhi kepentingan majoriti dan keseluruhan negara.

Untuk memahami dengan jelas biar saya beri contoh apakah dia punca-punca ekonomi yang mempengaruhi kehidupan majoriti warga negara ini. Contoh terbaik ialah kuasa tenaga api leterik, jalan raya, jalan udara, hospital, sistem pengangkutan, telaga minyak dan lombong gas, bank dan lembaga kewangan, lombong galian, hutan dara, danau dan paya. Semua ini adalah punca-punca ekonomi.

Untuk melahirkan sebuah Negara Kebajikan semua punca-punca pengeluaran ini wajib dimilik negarakan. Lalu timbul persoalan – bukankah ini harta persendirian?

Memang betul dan tepat ladang sawit Lebai Sudin 10 ekar di Senaling adalah contoh harta persendirian. Lebai Sudin mengerjakan tanah sawit ini anak beranak. Tetapi Ladang Sawit Hock Leng 30 ribu hektar di Kuala Selangor mustahil di kerjakan oleh Hock Leng dan kaum keluarganya. Ladang ini ditakrif sebagai aktiviti ekonomi punca pengeluaran kerana beratus-ratus pekerja ladang dan keluarga mereka bergantung hidup dengan ladang ini.

Dalam Negara Kebajikan amat jelas tujuan asasnya ialah menobatkan dan merajakan kebajikan ramai bukan kebajikan individu. Dalam Negara Kebajikan yang ditentang bukannya harta persendirian tetapi yang akan dilawan ialah hidup diatas titik peloh dan tenaga kerja orang lain.

Justeru, jika Hock Leng anak beranak boleh menebas menebang dan menanam sawit ditanah seluas 30 ribu hektar tanpa menggunakan tenaga kerja orang lain maka ahlan wasahlan – silakan buka tanah sebanyak itu. Itu adalah hak persendirian.

Bagitu juga dengan kilang-kilang dan pabrik-pabrik. Dalam Negara Kebajikan kilang didirikan untuk mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh orang ramai. Sebuah kilang memilik ratusan pekerja. Bukan sahaja kaum buru yang bergantung hidup dengan kilang ini malah negara juga bergantung pendapatan melalui barangan yang dikeluarkan dari kilang ini. Justeru kilang-kilang yang besar dan stratejik seperti kilang, gula, beras, minyak dan gandum wajib di milik negarakan.

Paling wajib untuk dimilik negarakan ialah bahan-bahan asas punca-punca ekonomi dimana semua warga bergantung hidup dengannya. Contoh terbaik ialah punca air dan punca tenaga leterik. Air dan api ini tidak boleh dimiliki oleh individu atau syarikat individu. Ianya wajib dimilik negarakan untuk kebajikan dan kepentingan orang ramai.

Lalu timbul persoalan – apa sebenarnya makna memilik negarakan?

Disini saya akan cuba terangkan sejelas mungkin. Mari kita kembali melihat akidah sistem ekonomi kapitalis yang berpandukan keuntungan maksima. Kita lihat contohnya di ladang Hock Leng di Kuala Selangor. Saban tahun ladang ini akan membuat untung. Wajib kita semua sedar bahawa keuntungan ini wujud hasil dari tenaga pekerja ladang ini. Dalam sistem ekonomi kapitalis keuntungan ini akan masuk ke dalam akoun bank Hong Leng anak beranak.

Bagitu juga dalam kes jual beli beras dan gula yang dimonopoli oleh Syed Mukhatar. Jual beli ini pasti membawa keuntungan besar. Keuntungan ini pasti dimasukkan ke dalam bank akoun Tuan Haji Syed Mukhtar.

Jelas , kebajikan Hock Leng dan Syed Mokhtar anak beranak akan dijaga dengan baik. Persekolahan, tempat tinggal, makan minum – semuanya ‘the best money can buy’. Tetapi yang melahirkan kekayaan ini adalah tenaga dan titik peloh kaum buruh dan kaum pekerja yang kebajikannya compang camping.

Kaum buruh dan peladang ini tinggal dikawasan perumahan yang sempit, sesak dan padat. Anak anak buruh dan peladang ini tinggal dalam iklim budaya yang kasar dan lucah. Budaya kasar dan lucah ini akhirnya hanya akan berjaya melahirkan jenerasi baru tenaga buruh murah untuk Syed Mokhtar dan Hock Leng.

Inilah lingkaran syaitan yang hanya dapat dimusnahkan dalam Negara Kebajikan. Lingkaran syaitan hari ini jelas menunjukkan kaum pemodal, tuan empunya kilang dan syarikat mendapat kebajikan yang terbaik. Manakala yang memburuh melahirkan harta kekayaan itu hidup menjadi kuli batak.

Di dalam sistem ekonomi Negara Kebajikan pernigaan jual beli berjalan sperti biasa. Harta-harta yang dimilik negarakan seperti , kilang, ladang yang menajdi punca ekonomi ini akan diuruskan sama seperti hari ini. Keuntungan hasil dari jualan sawit, jualan minyak, jualan leterik, beras, gula – tidak masuk ke dalam akoun Syed Mokhtar atau Hock Leng tetapi masuk ke dalam dana persatuan pekerja kilang atau persatuan ladang sawit itu. .

Duit ini adalah hasil dari titik peluh kaum pekerja. Duit ini digunakan untuk kebajikan mereka sendiri bukan untuk Syed Mokhtar menunjuk-nunjuk bahawa dia alim dan boleh menderma untuk buat masjid. Wal hal, duit yang didermakan oleh Syed Mokhtar asalnya ialah duit untung dari tenaga keja kaum buruh dan ladang.

Memilik negarakan ini maknanya dikembalikan harta kekayaan dan punca punca ekonomi itu kepada daulah. Daulah itu ialah kita. Kita ialah oranag ramai. Justeru harta persendirin atau harta kaum pemodal itu kita pulang kepada diri kita sendiri. Keuntungan dari usus niaga dan dari tenaga anak semua bangsa dalam negara ini bukan untuk individu tetapi untuk kebajikan ramai. Kebaikan ramai adalah akidah Negara Kebajikan.(TT)

Dipetik dari tulisan Hishamuddin Rais-Tukartiub.blogspot.com

Halimzaki

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.