• Halimzaki on twitter

  • TAKWIM MASIHI

    August 2010
    S M T W T F S
    « Jun   Sep »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • POSTING TERKINI

  • KATEGORI

  • MENU

  • RSS TUAN IBRAHIM TUAN MAN

    • BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN February 24, 2013
      13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.Beliau berkata, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilm […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU November 25, 2012
      11 Muharram 1434 H | 25 November 2012 TheMalaysianInsider25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.Mungkin yang […]
      noreply@blogger.com (admin)
    • HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'! November 15, 2012
      1 Muharram 1434 H | 15 November 2012 SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddi […]
      noreply@blogger.com (admin)
  • RSS BLOG OF MY LIFE

    • World Cup 2014 Live, Goals & Hilights June 30, 2014
      To all soccer fan around the world Watch World cup 2014 Live Watch all goals of World Cup 2014 Watch extended highlights of World Cup 2014 … by click HEREFiled under: General
    • PRU 13–Husam cabar Chedet, semua calon balik kampong la :-p April 29, 2013
      Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya. Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri […]
    • KL112 Kuala Lumpur January 7, 2013
      Semua telah dilakukan, namun tidak dipedulikan… Sekarang adalah masa untuk amarah rakyat… 12 Januari 2013…Filed under: General
  • RSS Ustaz Nik Abduh

    • menawan puncak kinabalu 1 (politik) June 8, 2013
      (Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan yang begitu luar biasa banyaknya dan begitu luar biasa juga kerasnya. Saya segar menikmatinya seperti menikmati satu hidangan masakan yang luar biasa juga.  Agak malang, kebanyakan anda pula gagal menikmati tulisa […]
    • pru13: rebah di kaki gunung kinabalu June 1, 2013
      Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenan […]
    • prestasi pas kelantan dalam pru13 May 19, 2013
      Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13 PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi. PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di […]
  • RSS Episode Perjuangan

    • Untitled September 1, 2014
      Membugar Fikrah Menyebar RisalahOleh Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-TakiriPAS adalah gerakan dakwah dan siyasah. Justeru, fikrah perjuangan PAS berkisar pada dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain iaitu dakwah Islam dan kuasa pemerintahan Islam. Inilah perjuangan yang digarap oleh Nabi saw sepanjang hayat baginda saw. PAS sebagai Ger […]
      noreply@blogger.com (Nasrudin Hassan at Tantawi)
    • Untitled September 1, 2014
      Du’at : Mendepani Cabaran Perang SiberOleh : Nasrudin Hassan at-Tantawiلله الحمد رب السماوات و الأرض رب العالمين رب الذي يقول : قل هذه سبيلي أدعو إلى الله على بصيرة أنا و من اتبعني و سبحان الله و ما أنا من المشركين [1] و الصلاة و السلام على محمد المبعوث هدى و رحمة للعالمين و على آله و صحبه و من سار على دربه و تمسك بسنته إلى يوم الدين .  Premis 1 :Istilah “Pe […]
      noreply@blogger.com (Nasrudin Hassan at Tantawi)
    • Syawal Bulan Kemenangan July 25, 2014
      KHUTBAH ‘IDULFITRI 1435H Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi (KHUTBAH PERTAMA) اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِ […]
      noreply@blogger.com (Nasrudin Hassan at Tantawi)
  • RSS Ust Idris Ahmad

    • Untitled May 13, 2014
      Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk … Continue reading →
  • RSS PERISIK RAKYAT

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • RSS Syarak Mengata , Adat Menurut

    • Di Rembau sepatutnya tak berlaku kes pelajar tak mampu ke IPTA
      Terima kasih kepada semua pihak yang amat prihatin dengan kes seorang pelajar dari keluarga miskin di Kota, Rembau ini yang tak mampu untuk jelaskan yuran untuk masuk IPTA. Malahan pihak IPTA tersebut turut memberikan kerjasama yang amat baik.Sepatutnya kes begini tidak berlaku di Rembau yang begitu kaya dengan adat. Tahu tak apa makna kita ada pelbagai suku […]
    • “Near Miss Incident”
      Dalam “Safety and Health” atau JKKP ada istilah “Near Miss Incident or Accident” iaitu Kejadian atau Kemalangan yang berkemungkinan berlaku tetapi tak berlaku pun. Mengikut akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ianya mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa.Dalam kes jenayah saya tak pasti samada PDRM ada istilah “Near Miss Crime” iaitu jenayah yang ada kem […]
    • Awas, kemungkinan ada kes culik di Rembau
      Pagi tadi jam 6.55 pagi Selasa 2 Sept 2014 saya menerima panggilan telefon dari ibu saya. Katanya ketika anak lelaki saya yang tingkatan 2 sedang menunggu van kawan saya untuk ke sekolah di luar rumah, ada sebuah van muncul seakan-akan van yang biasa membawa dia ke sekolah.Keadaan tak berapa terang lagi, apabila anak saya menghampiri van tersebut, dia dapati […]
  • RSS SAUJANAUTAMA3

    • Kutipan Gated Community Sudah Bermula May 19, 2014
      Harap maklum bahawa aktiviti kutipan “Gated Communitity” sudah bermula sejak April lalu. Sila rujuk photo untuk info wakil kutipan zon anda. Kelulusan pihak berkuasa sudah diperolehi dan kita dimaklumkan bahawa kita bakal menjadi komuniti “Gated Community” pertama di daerah Kuala Selangor. Klik image utk membesarkan gambar.  
    • Dinner Sambil Menderma May 18, 2014
      Anda boleh contribute dalam pembinaan surau baru SU3 dgn menempah meja sempena Majlis Makan Malam Amal nanti. Sila rujuk banner atau follow updates di  http://facebook.com/saujanautama3 atau melalui http://twitter.com/saujanautama3  
    • Progress Pembinaan Surau Baru SU3: May 2014 May 18, 2014
      Phase 1 nampaknya on time. Hopefully dpt siap sebelum Ramadhan. View gambar2 progress pembinaan di blog surau http://saujanautama3.blogspot.com/2014/05/kemajuan-kerja-060514.html?m=1

*NIKAH ‘KHITBAH’ (GANTUNG) BOLEH MENCEGAH PENZINAAN*

*Dewan Pemuda PAS Pusat*

*23 Ogos ’10 / 13 Ramadhan 1431*

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah
sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol
dan buang bayi berleluasa pada hari ini , *Dewan Pemuda PAS menyarankan satu
program atau projek besar iaitu ” Taysir az Ziwaj ” dilaksanakan , khasnya
oleh pihak berwajib.*

2. *Taysir Az Ziwaj* ialah ” *Permudahkan Proses Perkahwinan* ” terutama
kepada anak – anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk
mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang
tinggi untuk hidup berpasangan .

3. *Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah*. Ia diutuskan
oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau
menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan
sebagainya tetapi *Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar
melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik* .

4. Gejala *seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak
terkawal *dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa
keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan
[ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat
dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

*dan kahwinkanlah orang – orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari
kalangan kamu dan orang – orang yang soleh dari hamba – hamba kamu , lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya
lagi Maha Mengetahui .*

An Nuur : Ayat 32

5. *Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan
prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu
terjebak dalam kancah seks bebas [ zina* ]. Memudahkan prosesnya boleh
dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ s*ekadar menyebut
beberapa contoh* ] :

- Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
– Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
– Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
– Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
– Menganjurkan perkahwinan beramai – ramai yang menjimatkan
– Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
– Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah *Nikah
Khitbah*atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai
*Nikah Gantung* . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut
hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

- Suami
– Isteri
– Wali
– Saksi
– Aqad [ Ijab Qabul ]

*cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal
serumah dalam tempoh – tempoh tertentu kerana beberapa keadaan* seperti
[sekadar menyebut beberapa contoh] :

- Masih menuntut di kolej atau uniersiti
– Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
– Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah
dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua
pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka
merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar – benar
bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri
yang sah mengikut hukum agama dan undang – undang negara . Andai dalam
tempoh itu mereka *bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan
kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks* , *maka apa yang
mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram *.

8. *Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama
pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [
keturunan ] *. Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari
keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan
bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata – ratanya adalah *ekoran
rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu* dan hilang maruah dari
pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga
justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil
hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah
bangsa dan agama . Akhirnya , *jalan pintas dan terdesak yang ada pada
mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah* dan beban
yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang
lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya *Nikah Khitbah* ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab .
Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan
sekali dengan majlis aqad nikah [ *halflun nikah* ] tetapi mempelai tidak
boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis
perkahwinan [*haflul Qiran*] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan
perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum
ini dengan nama *Nikah Gantung* . Ia pernah di kaji oleh beberapa
Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan *Nikah
Gantung* sebagai “*Suspended Marriage Contract*” iaitu satu fenomena sosial
yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan *Nikah
Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran
Agama Islam Johor*.

*Perbahasan Hukum*

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama’ ialah
Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini
Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur
9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi
kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas
persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal
berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya
sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [* jima' \
bersetubuh* ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [
material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] *Mazhab Zahiri* seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [
nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah
, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan *Jumhur ulama’* iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila
isteri memenuhi syarat – syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri
kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta’ [
mengambil keseronokan] , jima’ [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah
tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. *Nikah khitbah* dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak
diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum
berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka
tiada halangan dari segi hukum syara’ kerana mereka adalah suami isteri yang
sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka
boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. *Tidak
perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau
membunuhnya* .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama ,
ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak – anak muda agar
mereka *kembali kepada cara hidup Islam* . Walaupun nikah gantung ini
kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , *tetapi ia
lebih baik dari kita membiarkan anak – anak gadis dan teruna kita
berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks
bebas dan penzinaan yang memalukan* . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama
tercalar , *murka Allah swt itulah yang paling ditakuti*.

Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Pusat

Dipetik dari inbox penulis.

Saya amat menyokong cadangan yang Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi ketengahkan ini,ia akan memberi kesan yang besar sekiranya dapat dilaksanakan dalam keadaan sosial yang begitu tegang kebelakangan ini. Islam itu mudah, janganlah kita susahkan ia dengan segala jenis undang2 ciptaan kita yang pastinya tidak sempurna, jangan juga kita susahkan ia dengan syarat2 material yang tidak munasabah dan jangan juga kita susahkan ia dengan adab kemodenan yang menuntut kita bermegah2 dalam melaksanakan hukum Allah(perkahwinan contohnya). Cukuplah sekadar sempurna segala rukun dan hukum,iainya telah sempurna di sisi Allah.

Halimzaki

One Response

  1. magnificent post, very informative. I’m wondering why the opposite specialists of this sector don’t realize this. You must proceed your writing. I am sure, you have a huge readers’ base already!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: